• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌

Berita

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄 𝐉𝐇𝐄𝐕 𝐀𝐓𝐌

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 – T.Y.T Ma Feixiong, Timbalan Menteri Hal Ehwal Veteran Republik Rakyat China mengetuai Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dekat sini hari ini. Delegasi Republik Rakyat China tersebut telah disambut oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM sebaik saja tiba di Ibu Pejabat JHEV, Menara TH Perdana.
Lawatan tersebut juga adalah bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China berikutan penandatanganan Kenyataan Bersama oleh Tun Abdul Razak dan TYT Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Semasa lawatan, delegasi ini telah melihat sendiri tadbir urus operasi Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) yang diwujudkan oleh JHEV ATM bagi memudahkan Veteran ATM dan orang tanggungan berurusan dengan jabatan.
Dalam pada itu, delegasi ini juga telah diberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan peranan JHEV ATM dalam menjaga kebajikan Veteran ATM di Malaysia oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM.
Hadir sama mengiringi lawatan kali ini ialah Dr. Syed Mohamad Syakir bin Syed Omar, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan, Encik Nor Darna Yanto bin Saaidin, Penolong Pengarah Bahagian Dasar JHEV ATM dan pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.