πππππππππ‘ π©ππ§ππ₯ππ‘ ππ§π π¦ππ‘π§πππ¦π ππππππ‘π π πππππ¨π π£π₯π’ππ₯ππ π£ππ ππ₯πππ¦πππ‘ ππ’π π¨π‘ππ§π π©ππ§ππ₯ππ‘ ππ‘ππππ§ππ‘ π§ππ‘π§ππ₯π π ππππ¬π¦ππ ππ πππ¨ππ‘π, ππ’ππ’π₯
KLUANG, 22 September 2024 - Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, diiringi Mejar Jeneral Datoβ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM telah melaksanakan program ini dalam usaha bagi memperkasakan lagi kebajikan Veteran ATM melalui pelbagai inisiatif antaranya yang menyentuh aspek sosio ekonomi dan nilai sosial.
Dalam program tersebut, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, telah menyantuni seramai 4 orang Veteran ATM di kalangan mereka yang sakit kronik, OKU dan usahawan. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa peralatan untuk pesakit, lampin pakai buang dan barangan keperluan harian untuk meringankan beban Veteran ATM dan keluarga mereka.
βProgram ini adalah penting untuk menghargai jasa Veteran ATM yang telah berkorban untuk negara. Dengan memberi sokongan yang diperlukan, diharapkan Veteran ATM dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan tidak terasing dalam masyarakatβ.
Tuntasnya, dengan perhatian serta komitmen berterusan dari pemimpin dan masyarakat sekeliling, kesejahteraan hubungan antara Veteran ATM dapat diperkukuhkan, dan mereka akan sentiasa dihargai sebagai wira negara,β beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menziarahi keluarga Veteran ATM di Daerah Kluang.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Johor, Mejar Johadi bin Jemaβat, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, dan wakil-wakil persatuan NGO sekitar Daerah Kluang.