๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐จ๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐ง๐๐ฆ๐ (๐ฃ๐๐๐จ) ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฐ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki hari ini.
Kunjungan hormat yang di ketuai oleh Pengarah Seksyen Perancangan Strategik, Puan Syarina binti Kassim, bertujuan untuk mengenalpasti ruang kolaborasi di antara PACU dan JHEV ATM dalam menjaga aspek kebajikan dan sosioekonomi Veteran ATM.
Dalam sesi kunjungan tersebut di bentangkan juga mengenai pelaksanaan program kesejahteraan rakyat khusus melibatkan Veteran ATM atau waris dan penduduk setempat. Antara program awal yang dicadangkan adalah Program Baik Pulih Rumah untuk membantu menyediakan kediaman yang lebih kondusif dan selesa disertai program bersama penduduk setempat seperti gotong royong membersihkan kawasan serta agihan bantuan kebajikan.
Usaha ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu khususnya golongan veteran dan masyarakat yang tidak berkemampuan disamping mempromosi inisiatif yang di sediakan di bawah agenda Malaysia Madani.
Turut hadir semasa kunjungan ialah Encik Muhammad Razi bin Ayub, Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).