-
Mengawal selia akaun Jabatan.
-
Menyelenggara akaun dan rekod yang lengkap serta kemas kini berhubung dengan perbelanjaan vot, hasil dan amanah Jabatan.
-
Bertanggungjawab ke atas semua prosedur dan peraturan perakaunan dan kewangan yang berkuat kuasa.
-
Menguruskan kutipan/pungutan hasil Jabatan.
-
Mengawal penutupan akaun harian, bulanan dan tahunan mengikut tempoh yang ditetapkan.
-
Menyediakan laporan penyesuaian bank, penyesuaian amanah dan penyesuaian hasil Jabatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
-
Memproses pelupusan hutang kerajaan.
-
Menyediakan bajet faedah-faedah persaraan, bantuan mengurus jenazah dan rawatan perubatan bagi Veteran ATM Berpencen.