Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Bantuan

Bantuan Peralatan Pesakit bertujuan membantu Veteran ATM dan orang tanggungan yang memerlukan untuk membeli peralatan bantuan perubatan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.

Permohonan hendaklah disertakan dengan pengesahan tentang penyakit yang dialami dan keperluan peralatan yang dipohon daripada Pegawai atau Pakar Perubatan Hospital Kerajaan.


Syarat - Syarat Bantuan Peralatan Pesakit

  • Kategori Pemohon* :
    • Veteran ATM (berpencen atau tidak berpencen);
    • Balu/Duda kepada Veteran ATM (Balu/Duda yang berkahwin semula TIDAK LAYAK memohon sebarang bantuan kebajikan);
    • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun dan di bawah 23 tahun jika masih belajar (termasuk anak tiri dan anak angkat sah Veteran). Tiada had kelayakan umur bagi anak yatim yang disahkan daif dari segi fizikal dan mental serta tidak berupaya menanggung diri sendiri; atau
    • Waris/ Penjaga kepada anak yatim Veteran ATM (yang masih kecil atau yang daif dari segi mental dan fizikal).
  • Permohonan yang melibatkan Pesanan Kerajaan perlu disertakan dengan tiga (3) sebutharga daripada pembekal yang berbeza;
  • Permohonan tuntutan bayaran balik bagi peralatan pesakit hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian peralatan tersebut dan disertakan dengan resit asal pembelian;
  • Tuntutan pembayaran balik bagi peralatan pesakit akan dibayar berdasarkan perakuan/syor pegawai perubatan bagi penyakit yang dihidapi;
  • JHEV ATM berhak mempertimbangkan peralatan yang relevan sekiranya peralatan yang dipohon dilihat melebihi keperluan atau tidak mengikut syor Pegawai atau Pakar Perubatan Hospital Kerajaan.
  • Veteran boleh mengemukakan permohonan semula bagi peralatan pesakit yang telah mengalami kerosakan (tidak terhad kepada sebarang tempoh atau melebihi tempoh waranti) dengan mengemukakan gambar peralatan beserta borang akuan kerosakan.

Kadar bantuan

Kadar bantuan adalah RM5,000 (maksimum)


Bagaimana untuk memohon?

  • Semua permohonan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan hendaklah dibuat menggunakan Sistem VIBES 2.0 atau Borang Bantuan Kebajikan yang boleh didapati disemua JHEV Cawangan Negeri dan laman web JHEV ATM.
  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2025 
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar.  Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan. 
  • Sekiranya pemohon didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, pemohon boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 7 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. Malah permohonan tersebut juga boleh ditolak jika maklumat yang diberikan adalah palsu.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Pemohon hendaklah memberikan kebenaran kepada Jabatan untuk menyemak maklumat dengan mana-mana individu atau agensi. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
     Semak status permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Bilangan Pelawat

3659328
Hari Ini: 647
Jumlah Pelawat: 3,659,328

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM