Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟭𝟱 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan kemahiran untuk anggota serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki di Ibu pejabat JHEV ATM, Menara TH Perdana.
Di antara tumpuan dalam perbincangan dua hala tersebut ialah memperkukuh kerjasama melalui program pendidikan, latihan kemahiran, dan peluang pengajian tinggi bagi anggota serta bekas anggota ATM. Penawaran kursus bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja, perancangan modul kemahiran teknikal, serta sokongan untuk memperkasakan transformasi kerjaya selepas tamat perkhidmatan turut di bincangkan.
Usaha ini diharap mampu membuka lembaran baharu kepada kerjasama antara institusi pendidikan tinggi (IPT) dengan JHEV ATM dalam memperkasa pendidikan, pembangunan kemahiran, dan kesejahteraan sosial veteran ATM.
En. Shamsul Kahar Haron, Ketua Pegawai Operasi USIM Education, telah mengetuai Delegasi USIM dalam kunjungan ini. Turut hadir ialah Tuan Mejar Rozaimi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan USIM, En. Halim Hassim, Ketua Pegawai Operasi, Rudysham Abdul Raof, Ketua Unit Pemasaran USIM Education, Ameera Baharuddin, Eksekutif Pemasaran USIM Education dan Tuan Shahrul Nizam Shansuddin, Pengarah Bahagian Keselamatan USIM.

Bilangan Pelawat

3215060
Hari Ini: 1,117
Jumlah Pelawat: 3,215,060

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM