Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
SIBU, 6 DISEMBER 2025 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, hari ini mengetuai Program Ziarah Kasih KTP dengan menziarahi tiga orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Sibu dan Kanowit.
Program berteraskan kebajikan ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara); Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak, Mejar Steven anak Kadir; serta wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak (PVATMS).
Program ini juga adalah salah satu usaha untuk mendekati golongan veteran ATM secara bersemuka sekali gus mengenal pasti keperluan sebenar mereka dalam memastikan kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan. Penekanan ini adalah bertujuan menyokong Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM yang diperkemaskan lagi melalui inisiatif-inisiatif di dalam Amanat Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan: Fokus 4 – Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan Warga Pertahanan.
Lawatan pertama melibatkan Koperal (B) James anak Abau, 48 tahun, seorang veteran berpencen yang berkhidmat selama 21 tahun dalam Rejimen Renjer Diraja. Beliau kini terlantar akibat strok dan tinggal bersama keluarga di Sungai Merah, Sibu. Selain menerima pencen bulanan, beliau turut menerima bantuan kebajikan JHEV ATM bagi meringankan beban keluarga.
Rombongan kemudiannya menziarahi seorang lagi veteran, Vincent anak Abit, bagi menyampaikan sumbangan serta menilai keperluan semasanya. Kunjungan ini memberi ruang kepada JHEV ATM untuk menilai tahap kesihatan dan keadaan hidup beliau dengan lebih dekat.
Ziarah terakhir adalah kepada Prebet (B) Bayum anak Kalong, 93 tahun, seorang veteran era 1950-an yang uzur dan terlantar di rumahnya di Kanowit. Beliau bukan penerima pencen dan bergantung kepada bantuan sara hidup serta sokongan ahli keluarga untuk keperluan harian.
Program Ziarah Kasih KTP ini sekali lagi mengukuhkan komitmen JHEV ATM dalam memastikan kebajikan veteran ATM terus diberi keutamaan, khususnya golongan yang memerlukan pemantauan rapi. YBhg. Mej Jen Dato’ Semaon Marjuki menegaskan bahawa usaha turun padang seperti ini akan diteruskan bagi memastikan veteran menerima sokongan yang sewajarnya sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Bilangan Pelawat

3659361
Hari Ini: 680
Jumlah Pelawat: 3,659,361

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM