Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
TANGKAK, 12 MAC 2026 - YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti serta Flag-Off Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Peringkat Semenanjung Malaysia Tahun 2026. Majlis ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pasukan penguatkuasa serta rakan strategik dalam memperkukuh kerjasama bagi melindungi biodiversiti serta memelihara khazanah alam semula jadi negara. Program Renjer Komuniti yang dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan salah satu inisiatif penting dalam memperkasa penglibatan masyarakat setempat dalam usaha pemuliharaan hidupan liar dan perlindungan kawasan hutan. Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Peluang Kerjaya Kedua Bermajikan yang dilaksanakan oleh Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) sejak tahun 2020. Pada majlis ini, para Renjer Komuniti menerima watikah pelantikan sebagai pengiktirafan rasmi terhadap peranan mereka sebagai rakan strategik di lapangan dalam membantu agensi penguatkuasa memantau kawasan hutan serta habitat hidupan liar. Mereka juga berperanan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pencerobohan hutan, pemburuan haram serta ancaman terhadap biodiversiti negara. Majlis turut menyaksikan pelepasan Flag-Off Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa dalam mempertingkatkan tindakan terhadap jenayah alam sekitar termasuk pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan pencerobohan kawasan hutan simpan. Turut hadir ialah YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor yang hadir, Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN serta Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan serta rakan strategik yang bersama-sama berganding bahu dalam memperkukuh usaha penguatkuasaan serta pemuliharaan khazanah alam negara.

Bilangan Pelawat

3659360
Hari Ini: 679
Jumlah Pelawat: 3,659,360

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM