
KUNJUNGAN HORMAT IBY VENTURES KE ATAS KETUA PENGARAH JHEV ATM
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ญ๐ญ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - IBY Ventures, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor perkhidmatan pembekalan makanan, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Hj Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM).
Kunjungan yang diketuai oleh Mej Jen Dato' Dr. Haji Ibrahim bin Yasir (B), seorang tokoh veteran ATM yang juga terlibat dalam sektor perniagaan ini bertujuan untuk membincang dan bertukar pendapat dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan makanan berkualiti kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh.
"Kerjasama ini adalah langkah yang sangat positif, bukan sahaja memberi peluang kepada veteran ATM untuk berkembang dalam sektor perkhidmatan makanan, tetapi juga memberi manfaat kepada sektor pendidikan negara. Kami berharap projek ini dapat berjalan dengan baik dan memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat," kata Datoโ Haji Semaon apabila ditemui semasa kunjungan hormat tersebut.