HARI KEBANGSAAN 2026 DISAMBUT MERIAH, SEMARAK PATRIOTISME
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 - Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki hadir menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya. Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini menghimpunkan lebih 100,000 pengunjung serta melibatkan 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam, 11 kereta berhias dan 10,819 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform serta masyarakat. Pelbagai acara menarik termasuk perbarisan, perarakan, persembahan udara TUDM dan persembahan kesenian telah menyemarakkan lagi sambutan, sekali gus memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.
*Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. 
#MalaysiaMADANIKesejahteraan Dinikmati
Bahasa
English 