Skip to main content
Berita

MAJLIS PENGANUGERAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DAN SIJIL PERHEBAT TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 21 NOVEMBER 2024 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), YBhg. Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah merasmikan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiental Learning – RPEL) dan Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dekat sini hari ini.
Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Diploma Kemahiran Malaysia kepada 25 Anggota dan Veteran ATM dan Sijil Latihan Peralihan kepada 103 bakal pesara ATM.
YBhg. Dato' Haji Semaon juga telah melawat kaunter-kaunter perkhidmatan yang telah disediakan oleh pempamer yang mengambil bahagian dalam pameran terdiri daripada pelbagai agensi seperti JHEV ATM, Affin Bank, PERKESO, Bank Mualamat dan Sabah Smart Parking. Beliau juga turut menyantuni pengusaha gerai-gerai jualan yang dilaksanakan pelatih-pelatih PERHEBAT sempena majlis penganugerahan ini.
Turut hadir semasa program tersebut ialah Encik Samasuddin bin Haji Lawe, Pengarah Kementerian Pertahanan Cawangan Negeri Sabah, Encik Azizan bin Hj. Othman, Pengarah Bahagian Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), PERHEBAT, Puan Ainun Jariah Jeropakal, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya mewakili Pegarah Jabatan Perikanan Sabah, Kapten Zulkiflie bin Ibrahim (Bersara), Pengarah PERHEBAT Negeri Sabah, Puan Irma Jasmin Ishak, Pengarah Bahagian Kerjaya Sosioekonomi (BKS) JHEV ATM, Mej Mohammad Syaffik bin Yahaya, PS2 Atur Turus JHEV ATM dan Kapten Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Pemangku Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah.

Bilangan Pelawat

3146606
Hari Ini: 460
Jumlah Pelawat: 3,146,606

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM