
PROGRAM SUMBANGAN AIDILFITRI UNTUK ANAK-ANAK VETERAN ATM OKU,ASNAF & DAIF 2025
KUANTAN, 27 MAC 2025 – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama Yayasan Veteran ATM (YVATM) telah menganjurkan Program Sumbangan Aidilfitri bagi anak-anak veteran dan bekas tentera yang OKU, asnaf dan daif. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, di Mydin Kuantan Emporium, Pahang. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YVATM, Lt. Kol. Azwadi bin Jamian (Bersara) dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Mejar Khairul Azhar bin Md Dahad TUDM. Program ini juga berlangsung serentak di seluruh negara dari 24 hingga 28 Mac 2025. Sebanyak RM53,770.00 telah diagihkan kepada 350 penerima, hasil sumbangan zakat wakalah, individu serta syarikat korporat yang prihatin terhadap kebajikan veteran. JHEV ATM menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang dan berharap bantuan ini dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada penerima dalam menyambut Aidilfitri.