• Laman Utama
  • Keluarga dan Orang Tanggungan
  • Kad Veteran ATM Orang Tanggungan

Kad Veteran ATM

Kad Veteran ATM (KV) merupakan kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.


Adakah layak memohon?

  • Anda layak jika anda adalah seorang Veteran ATM ataupun Orang Tanggungan kepada Veteran.
  • Anda tidak layak bergelar memegang KV jika anda diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.

Tentang Kad Veteran ATM

  • Mulai 1 Apr 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.
  • Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM.

Kelayakan Wad

Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:

Bil Pangkat Kelayakan Wad Catatan
1. Mejar ke Jeneral 1A Bilik Seorang
2. Leftenan Muda ke Kapten, Staf Sarjan ke Pegawai Waran I 1B Bilik Berdua
3. Koperal dan Sarjan 1C Bilik Bertiga
4. Prebet dan Lans Koperal 2 -

Konsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

KTM Berhad menawarkan diskaun 50% tambang perjalanan untuk perkhidmatan ETS dan Intercity kepada Veteran ATM yang berpencen dan isteri berkuatkuasa mulai 15 Januari 2017.

Diskaun 50% ini ditawarkan untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali perkhidmatan Shuttle Tebrau JB Sentral – Woodlands – JB Sentral. Tiket diskaun ini boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Berhad dengan mengemukakan salinan asal Kad Veteran yang dikeluarkan oleh JHEV ATM beserta kad pengenalan.


Bagaimana untuk memohon?

Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;

  • Borang Pendaftaran Veteran ATM 
  • Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
  • 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan ntentera di belakang gambar.
  • Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.
  • Semak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM
    Semak Permohonan

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim


Maklumat tambahan

Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM

Semak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM
Semak Permohonan

Dokumen Berkaitan

Borang Pendaftaran Veteran ATM