Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
PASIR MAS, KELANTAN, 31 JANUARI 2026 - Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) terus melestarikan agenda kebajikan wira negara dengan menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Negeri Kelantan. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki. Program ini menyaksikan seramai tiga orang Veteran ATM dan seorang balu veteran di sekitar Kelantan dan Terengganu menerima kediaman baharu yang lebih selesa dan kondusif. Penerima manfaat bagi inisiatif kali ini adalah Encik Md Jusoh bin Idris, Encik Mohd Azmin bin Muda, Encik Yusof bin Gani, serta Puan Wan Zaitun binti Wan Karim yang merupakan balu kepada Allahyarham Mustapa bin Yahya. Inisiatif ini merupakan bukti komitmen berterusan pihak kementerian dalam membantu meringankan beban Veteran ATM dan keluarga yang berpendapatan rendah. Fokus utama adalah untuk memastikan setiap perajurit yang pernah berjasa kepada negara mempunyai akses kepada kediaman yang selamat dan sempurna. Dalam rangka lawatan kerja yang sama, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon turut meluangkan masa melaksanakan Ziarah Kasih ke atas Mejar Jeneral Dato' Paduka Ghazali bin Ibrahim (Bersara). Beliau merupakan pegawai kanan yang disegani dan merupakan perintis awal kepada penubuhan awal 10 Briged (Para) dan merupakan individu pertama yang menjawat jawatan Panglima bagi 10 Briged (Para). Pertemuan tersebut turut menjadi ruang bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan dan input strategik khususnya yang melibatkan aspek kesejahteraan dan masa depan komuniti Veteran ATM secara menyeluruh. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mej Wan Abdullah bin Wan Abd Samad TUDM, bersama barisan kepimpinan Persatuan-Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.

Bilangan Pelawat

3659437
Hari Ini: 756
Jumlah Pelawat: 3,659,437

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM