Skip to main content
Berita

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—œ๐—•๐—ฌ ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— 

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - IBY Ventures, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor perkhidmatan pembekalan makanan, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Hj Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM).
Kunjungan yang diketuai oleh Mej Jen Dato' Dr. Haji Ibrahim bin Yasir (B), seorang tokoh veteran ATM yang juga terlibat dalam sektor perniagaan ini bertujuan untuk membincang dan bertukar pendapat dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan makanan berkualiti kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh.
"Kerjasama ini adalah langkah yang sangat positif, bukan sahaja memberi peluang kepada veteran ATM untuk berkembang dalam sektor perkhidmatan makanan, tetapi juga memberi manfaat kepada sektor pendidikan negara. Kami berharap projek ini dapat berjalan dengan baik dan memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat," kata Datoโ€™ Haji Semaon apabila ditemui semasa kunjungan hormat tersebut.

Bilangan Pelawat

3148598
Hari Ini: 1,070
Jumlah Pelawat: 3,148,598

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabatย  Cawangan


Hakcipta 2024 ยฉ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM