Skip to main content
Berita

PEMBANGUNAN USAHAWAN VETERAN ATM : LTAT MELUNCURKAN PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN WIRA

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER - Lembaga Tabung Angkatan Tentera ("LTAT") hari ini meluncurkan Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT 2024/2025 ("PPUW"), sebuah
inisiatif yang julung kali dilaksanakan untuk memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia ("ATM"). Program ini, yang menawarkan bimbingan keusahawanan berstruktur kepada usahawan veteran, diluncurkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Adly bin Zahari.
Program ini direka untuk membantu para veteran dan keluarga mereka mencapai kelestarian kewangan jangka panjang. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan dan LTAT bagi membina ekosistem yang lebih inklusif serta mampan khusus untuk veteran ATM.
"Ikhtiar ini adalah sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI yang menitikberatkan kesejahteraan holistik rakyat Malaysia khususnya kepada para wira-wirawati negara selepas bersara. Selain itu, program ini merupakan bukti, komitmen dan keprihatinan LTAT untuk
memperkasa ekonomi warga veteran ATM yang telah banyak berkorban demi kedaulatan Malaysia." kata YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
Encik Mohammad Ashraf Md. Radzi, Ketua Eksekutif LTAT, menambah, "LTAT memandang serius terhadap mandat yang diamanahkan selaku sebuah institusi yang bertanggungjawab
untuk memperkukuhkan jaringan perlindungan sosio-ekonomi anggota ATM.
Di samping memastikan pemberian dividen yang mampan, komitmen LTAT diterjemahkan menerusi
pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi demi menyokong aspirasi Kementerian
Pertahanan. Usaha ini merupakan manifestasi keikhlasan LTAT dalam memastikan masa depan yang lebih mampan bagi para pencarum."
LTAT menjalankan kerjasama strategik dengan People Systems Consultancy ("PSC"), pakar latihan keusahawanan yang telah melatih lebih 100,000 peserta dimana lebih 70% berjaya
meningkatkan pendapatan mereka di dalam jangka masa tiga bulan. Program perintis bersama LTAT ini menyasarkan seramai 35 usahawan veteran B40.
Sepanjang tempoh enam
bulan, peserta akan mengikuti program pembangunan kapasiti yang komprehensif, merangkumi modul latihan keusahawanan bersepadu, sesi bimbingan mentor-mentee, pembelajaran dalam talian, dan penguasaan literasi kewangan.
Bertunjangkan visi Ekonomi MADANI dan agenda strategik GEAR-uP, LTAT terus memperkukuh komitmennya. Selain PPUW, inisiatif-inisiatif lain di bawah kerangka Ekonomi MADANI oleh LTAT, termasuk program modul literasi kewangan, dan peluang penempatan
kerjaya kedua melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera ("PERHEBAT"), terus memainkan peranan penting dalam membentuk sistem sokongan yang komprehensif untuk komuniti ATM.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian dan Puan Irma Jasmin Ishak, Pengarah Bahagian Kerjaya Sosioekonomi (BKS) JHEV ATM.

Bilangan Pelawat

3148598
Hari Ini: 1,070
Jumlah Pelawat: 3,148,598

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM