Skip to main content
Berita

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGURUSAN PERBADANAN PERWIRA NIAGA MALAYSIA (PERNAMA)

KLANG, 25 NOVEMBER 2024 - Satu sesi libat urus di antara Bahagian Kerjaya Sosioekonomi (BKS) Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dengan pihak pengurusan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) telah diadakan dekat sini hari ini. Perbincangan ini diadakan susulan maklumbalas yang diterima daripada usahawan Veteran ATM berhubung permohonan keperluan mereka dalam memasarkan produk mereka di premis-premis PERNAMA.
Sesi produktif ini yang dipengerusikan oleh Encik Mat Rostam bin Mat Abas, Pengurus Besar PERNAMA telah berjaya membuka ruang untuk Veteran ATM dalam memasarkan produk-produk keluaran mereka di premis-premis PERNAMA. Walau bagaimanapun, usahawan-usahawan Veteran ATM perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh PERNAMA seperti butiran berikut: -
i. Memastikan produk mereka mempunyai barcode dan sijil halal;
ii. Mempunyai jangka hayat yang bersesuaian;
iii. Mempunyai packaging yang bersesuaian;
iv. Mematuhi return policy dan replenishment policy yang ditetapkan oleh PERNAMA; dan,
v. Berdaftar SSM dan diusahakan samada secara syarikat milikan tungga / perkongsian / enterprise / Sdn Bhd / Berhad.
Usahawan Veteran ATM juga boleh berbincang dengan PERNAMA berkenaan kaedah penghantaran stok sama ada dihantar ke Ibu Pejabat PERNAMA atau dihantar terus ke premis-premis niaga PERNAMA. Pihak PERNAMA juga terbuka untuk menerima jemputan JHEV ATM bagi mengadakan sesi business matching kepada usahawan-usahawan Veteran ATM yang berminat.
Seterusnya BKS akan memperincikan prosedur pengedaran produk usahawan Veteran ATM bersama pengurusan PERNAMA. Sesi libat urus yang dilaksanakan ini adalah manifestasi kepada kejayaan untuk membuka peluang pemasaran kepada usahawan Veteran ATM di seluruh negara.

Bilangan Pelawat

3146111
Hari Ini: 933
Jumlah Pelawat: 3,146,111

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM