Skip to main content
Berita

MESYUARAT MAJLIS VETERAN KEBANGSAAN (MVK) BIL. 12/2024

KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER 2024 - Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bilangan 12 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Kementerian Pertahanan.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Merangkap Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam satu acara ringkas telah menyampaikan Sijil Lantikan kepada ahli-ahli baharu yang dilantik MVK.
Mendahului senarai penerima Sijil Lantikan MVK adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki merangkap Setiausaha Majlis Veteran Kebangsaan dan Naib Presiden 1 PVTUDM, YBhg. Mejar Jeneral Dato' Muhammad Mudzamir Ong Bin Abdullah TUDM (Bersara) merangkap Ahli Yang Dilantik Majlis Veteran Kebangsaan.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan yang memfokuskan kepada kebajikan warga Veteran ATM serta inisiatif-inisiatif terkini berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat oleh kerajaan seperti mengembangkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta untuk veteran, meningkatkan bantuan kewangan, perubatan, program latihan semula dan lain lain sektor.
Selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pertahanan, perkara yang di tekankan juga adalah selari dengan pembangunan dasar Malaysia Madani (Teras Ihsan) untuk kementerian terus berusaha mengenalpasti sebarang peluang yang boleh memanfaatkan veteran dan tanggungan demi memperkasakan agenda kebajikan veteran ATM.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mewakili Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Bin Ab. Rahman, Panglima Angkatan Tentera, Merangkap Ahli Yang Dilantik MVK, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Bin Haji Ahmad, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Merangkap Ahli Tetap MVK, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam Bin Haji Jaffar, Presiden Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC), Merangkap Ahli Yang Dilantik MVK, YBhg. Leftenan Jeneral Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Bin Ibrahim (Bersara), Timbalan Pengerusi Koperasi Veteran ATM, Merangkap Ahli Yang Dilantik MVK, YBhg. Mejar Dato' Haji Sazali Bin Haji Ismail (Bersara) dan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Bepencen Malaysia (PVATTBM), Merangkap Ahli Yang Dilantik Majlis Veteran Kebangsaan, YBhg. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abidin.

Bilangan Pelawat

3146107
Hari Ini: 929
Jumlah Pelawat: 3,146,107

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM