Skip to main content
Berita

LAWATAN PENGARAH JHEV ATM CAWANGAN MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN KE PUSAT DIALISIS YAYASAN VETERAN ATM

BATU CAVES, 27 NOVEMBER 2024 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM (PDYVATM) di No 18G, Jalan SM4, Taman Sunway Batu Caves, Selangor, diiringi oleh Lt Muhammad Faris bin Pakri (B), Pengurus Besar DVET Holding Sdn. Bhd. Lawatan ini bertujuan memberikan pemahaman mendalam tentang peranan PDYVATM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada Veteran ATM dan keluarga mereka, khususnya dalam rawatan dialisis. Usaha ini memperlihatkan komitmen Yayasan Veteran ATM dalam memastikan kebajikan kesihatan golongan Veteran ATM sentiasa terpelihara. PDYVATM menawarkan pelbagai manfaat seperti rawatan dialisis percuma untuk Veteran ATM, pengangkutan percuma dalam radius 30KM dari pusat rawatan, ujian darah berkala secara percuma, serta pemantauan oleh Pakar Nefrologi Kerajaan. Pesakit juga menikmati rawatan awal tanpa memerlukan GL, dengan fasiliti moden dan selesa termasuk ruang berhawa dingin, hiburan, dan Wi-Fi percuma.
Pada masa ini, PDYVATM mempunyai empat lokasi yang beroperasi iaitu di Batu Caves, Seri Kembangan, Batang Kali, dan Bukit Sentosa. Selain itu, lima lagi cawangan baharu dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2025 di Bidor dan Batu Kurau di Perak, Jempol di Negeri Sembilan, Muadzam Shah di Pahang, serta Mersing di Johor. Semasa lawatan, Pengurus Besar PDYVATM menegaskan bahawa pusat ini menyediakan perkhidmatan rawatan yang setanding dengan pusat dialisis kerajaan dan swasta, dengan fasiliti lengkap serta tenaga pakar yang berkelayakan. Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan turut menyeru agar maklumat mengenai kemudahan ini disebarkan kepada Veteran ATM yang memerlukan rawatan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PDYVATM boleh diajukan melalui talian 03-61881292 atau laman web rasmi di dvetholdings.my.

Bilangan Pelawat

3146107
Hari Ini: 929
Jumlah Pelawat: 3,146,107

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM