
Soalan Lazim
Soalan yang lazim yang sering ditanya mengikut topik. Sila hubungi kami jika anda masih mempunyai soalan yang disenaraikan di sini.
Pautan Pantas
Umum
" Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
- angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
- angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
- Force 136;
- Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
- Sarawak Rangers
Jumlah mereka dianggarkan seramai 300,000 orang. Secara purata seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun.
Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran ATM (MPHEV) di peringkat kebangsaan dan negeri merupakan platform bagi mengenalpasti permasalahan serta jalan penyelesaian yang sesuai untuk dijalankan oleh JHEV di peringkat kebangsaan dan negeri. Ini kerana, MPHEV dianggotai oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta.
MPHEV Kebangsaan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan manakala MPHEV Negeri pula dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Negeri berkaitan.
Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan, mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.
Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.
Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.
PERHEBAT berperanan sebagai pusat latihan dan kursus kepada bakal tentera dan Veteran ATM.
Manakala JHEV berperanan sebagai 'One Stop Agency' bagi urusan
- Pembayaran Faedah Persaraan ATM
- Bantuan Kebajikan
- Pembangunan Usahawan dan Sosisoekonomi
- Pendaftran Persatuan Veteran
- Kerjaya Kedua
Mana-mana hospital / klinik yang ditadbir oleh kerajaan termasuklah mana-mana hospital universiti dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekutuan. (RSAT dan HAT adalah tergolong dalam definisi ini)
Kesemua mereka bukan Veteran ATM sebagaimana definisi yang ditetapkan. Bermakna JHEV tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani permasalahan mereka.
JHEV mengiktiraf persatuan / pertubuhan / kelab yang ditubuhkan oleh Veteran ATM selagi mana ianya berdaftar dengan JHEV berpandukan Akta Veteran 2012 .
Pencen
Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman vibes.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing
Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.
Veteran:
Warganegara Malaysia yang diketegorikan sebagai Veteran ATM (rujuk definisi veteran ATM)
Bekas Anggota ATM
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
- Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)
Bekas Anggota Bukan ATM
- Pasukan Force 136
- Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
- Sarawak Rangers
Tanggungan:
Veteran ATM
- Diri sendiri
- Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran ATM.
- Isteri/suami yang dikahwini selepas perkhidmatan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
- Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
- Berumur di bawah 18 tahun
- Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
- Bagi yang kurang upaya :
- Ketidakupayaan otak atau hilang upaya dari segi jasmani;
- Ketidakupayaan itu kekal;
- Tidak berupaya menanggung (menyara) dirinya sendiri; dan
- ketidakupayaan hendaklah berlaku sebelum mencapai umur 21 tahun.
- ** Bagi anggota/pegawai yang dilantik sebelum 16.5.1986, syarat " ketidakupayaan anak mesti berlaku sebelum umur 21 tahun " adalah tidak terpakai, kecuali bagi kes kecelaruan mental sahaja.
Veteran bukan anggota ATM
- Diri sendiri
- Isteri/Suami
Antara masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:
- Pengurusan Kewangan
- Penceraian
- Pesara bankrup/ dipenjarakan
- Perlantikan Wakil Diri yang sah
Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya
Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.
Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).
Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:
- Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
- Isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KV
- Sila majukan borang berkenaan bersama dengan;
- Laporan polis
- Salinan buku perkhidmatan
- Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
- Salinan sijil nikah
- Sekeping gambar berukuran pasport
Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.
Bantuan Kebajikan
- Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun);
- Balu kepada Veteran ATM;
- Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.
Kecuali:
- Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
- Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.
Skim Bantuan Peralatan Pesakit tidak terikat kepada mana-mana syarat skim lain dan layak untuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Skim Bantuan ini adalah terbuka kepada semua veteran dan berdasarkan kepada pengesahan doktor mengenai keperluan peralatan tersebut.
Semua permohonan wajib disertakan dengan memo perubatan daripada doktor kerajaan bagi mengesahkan keperluan peralatan tersebut. Gambar keadaan pesakit boleh disertakan bagi menyokong keperluan peralatan terbabit.
Ya. Bantuan Persekolahan mempunyai dua peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sekiranya anak telah tamat persekolahan peringkat rendah, anak yang sama perlu memohon semula bantuan diperingkat menengah.
Bantuan Persekolahan hanya diberikan kepada satu anak bagi satu keluarga sahaja.
BSH akan dihentikan kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia itu. Balu atau duda kepada veteran tersebut perlu mengemukakan permohonan baharu melalui JHEV ATM Cawangan Negeri untuk membolehkan pembayaran BSH dibuat di atas nama balu atau duda tersebut. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri dikehendaki menguruskan permohonan berkenaan dan mengemukakan ke Bahagian Kebajikan JHEV Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut (diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan JKKP).
Had syiling bagi Skim Bantuan Peralatan Pesakit adalah sebanyak RM 5000.00. JHEV akan membuat bayaran balik sekiranya veteran telah membeli sendiri peralatan pesakit yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan beserta resit pembelian yang sah.
Permohonan Bantuan Persekolahan adalah dibuka pada awal tahun sehingga penghujung bulan Februari. Sekiranya permohonan sampai selepas tarikh tersebut maka permohonan akan disimpan untuk kemasukan bagi tahun berikutnya.
Pembayaran BSH akan diteruskan seperti biasa, namun waris perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak JHEV ATM dengan kadar segera. Pembayaran akan dibuat melalui waran dan bukalah melalui "Elektronic Fund Transfer( EFT)"..
Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu membawa cek tersebut pada pihak bank untuk ditunaikan . Tempoh sah laku cek ialah sehingga 3 bulan daripada tarikh cek dikeluarkan.
Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.
Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.
Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam dan kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.
Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.
Terdapat lima skim bantuan kebajikan di bawah JHEV ATM iaitu:
a. Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)
b. Skim Bantuan Peralatan Pesakit
c. Skim Bantuan Persekolahan
d. Skim Bantuan Bencana Alam
e. Skim Kemasukan IPT
Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM boleh diperolehi di laman web rasmi JHEV ATM – Bantuan Untuk Veteran ATM. (www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan)
Semua borang permohonan perlu dikemukakan ke pejabat JHEV Cawangan berdasarkan negeri pemohon bermastautin seperti berikut:
Negeri/ Zon |
Alamat |
Selangor dan WPKL |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 1,301 Medan Tuanku, Tel: 03-2050 8060/ 8040/ 8037 |
Kelantan dan Terengganu |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM L2.02 Tingkat 2, Bangunan UTC, Tel: 09-7470 289 |
Kedah Perlis Pulau Pinang
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM 268, Kompleks Bangunan Shahab Perdana Tel: 04-7332 437 / 446 |
Perak |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Lot UTC 27, Aras 2, Tel: 05-2435 062 / 063 |
Melaka dan Negeri Sembilan
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Aras 1-A, Wisma Persekutuan Tel: 06-2345 931 / 932 |
Johor |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP Tel: 07-222 6564/ 07-226 7712 |
Pahang
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Tingkat 1, Wisma Pahlawan Tel: 09-5142 235 / 295 |
Sabah |
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Pintu C7-3, Tingkat 7, Tel: 088-259 120 / 088-267 506 |
Sarawak
|
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Sublot 38 (Survey Lot No 4232) Blok 233 Tel: 082-620 906 |
Boleh. Walau bagaimanapun disyorkan supaya borang tersebut untuk dihantar terus ke negeri bagi mengelakkan kelewatan proses, kerana semua borang permohonan perlu lengkap dengan ulasan Pengarah JHEV Cawangan Negeri. Jika tiada, borang dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada JHEV Cawangan Negeri untuk semakan semula dan ulasan.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Nombor Hotline |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038/ 8029 |
019-2750943 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
019-3804635 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026/ 8029 |
019-3804635 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
019-2950943 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
- |
Dalam tempoh PKP, dokumen tambahan tersebut boleh dikemukakan secara pos / e-mel ke JHEV Cawangan/Negeri atau Bahagian Kebajikan JHEV ATM (berdasarkan pihak yang memohon dokumen tambahan tersebut dikemukakan).
Sebagai tambahan, untuk Bahagian Kebajikan JHEV ATM, sebarang maklumat tambahan / maklum balas boleh dikemukakan melalui emel jhev.kebajikan@jhev.gov.my
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan. Bagi kes-kes khas seperti hilang tanpa dikesan, veteran menjadi tidak siuman/gila, dipenjarakan dan lain-lain, permohonan boleh dipanjangkan dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan.
Dalam tempoh PKP, sebarang pertemuan bersemuka perlu melalui proses temujanji terlebih dahulu.
BSH boleh diteruskan bayarannya melalui kaedah lain seperti pengeluaran waran. Bayaran BSH juga boleh dimasukkan ke dalam akaun isteri atau suami atau anak dengan persetujuan veteran tersebut (tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan JKKP). Walau bagaimanapun, JHEV ATM tidak boleh dikaitkan dengan sebarang perkara berbangkit atau pertelingkahan mengenai bayaran ini kelak.
Adakah permohonan ini boleh dipertimbangkan?
a. Merujuk kepada kes ini, isteri tersebut tidak layak menerima BSH memandangkan suaminya (Veteran ATM) masih hidup. Kos sara hidup bagi keluarga isteri pertama ini masih menjadi tanggungjawab veteran berkenaan. Seperti yang dimaklumkan, BSH atau apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan adalah kepada Veteran ATM. Status Veteran ATM itu akan membolehkan ianya dipertimbangkan kemudahan-kemudahan ini. Walau bagaimanapun, jika terdapat situasi yang menyebabkan veteran itu tidak lagi mampu mengurus peruntukan BSH ini (veteran sakit terlantar, veteran hilang ingatan, gila, hilang tanpa dikesan, lari meninggalkan keluarga dan sebagainya) maka isteri atau waris boleh memohon BSH ini. JKKP akan menimbang permohonan ini secara case by case.
b. Pertikaian berhubung dengan situasi “digantung tidak bertali” harus diselesaikan di peringkat keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, JHEV ATM boleh membantu waris tersebut untuk mendapatkan bantuan di bawah agensi kerajaan yang berkaitan (jika ada).
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK Perkapita adalah kadar purata pendapatan berdasarkan bilangan isi rumah.
Pada masa ini, bagi tujuan permohonan skim kebajikan JHEV ATM, kadar yang digunakan adalah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa sebanyak RM1198.00 sebulan atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa sebanyak RM322.00 sebulan.
Balu atau duda veteran yang dikahwini selepas tamat tempoh perkhidmatan layak untuk memohon BSH bagi tempoh 3 tahun. Permohonan penyambungan semula perlu dibuat sekiranya bantuan masih diperlukan selepas tempoh 3 tahun.
Boleh. Pemohon perlu menyatakan maklumat sumbangan bulanan yang diterima dengan lengkap dan tepat di dalam Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM. Permohonan akan dipertimbangkan jika layak.
Bekas isteri yang diceraikan tidak layak memohon BSH dan lain-lain bantuan atau kemudahan yang berkaitan. Prinsip yang sama dipakai dalam pengurusan pencen dan lain-lain kemudahan kepada perkhidmatan awam termasuk ATM
Pemohon disyorkan untuk mengemukakan Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV dan satu sesi siasatan akan dilaksanakan oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri masing-masing. Permohonan akan diangkat di dalam satu mesyuarat khas bagi tujuan pertimbangan. Keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada pemohon.
Veteran ATM yang bermastautin di luar negara adalah tidak layak dipertimbangkan BSH. Oleh itu perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada JHEV ATM untuk tujuan penamatan segera bantuan BSH bagi mengelakkan berlakunya amaun terlebih bayar yang perlu dipulangkan semula.
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya. Kadar bantuan adalah maksima RM5000 mengikut jenis peralatan-peralatan yang dimohon.
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Veteran – Pemilik Kad Veteran
- Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
- Anak Yatim Veteran – Di bawah 18 tahun
- Permohonan hendaklah disertakan dengan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian
- Bagi permohonan tuntutan bayaran balik, perlu dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian/tarikh pembelian.
- Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.
Boleh. Keluarga boleh memohon untuk membuat tuntutan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak JHEV Cawangan/Negeri.
Tidak. Peralatan tersebut adalah untuk kegunaan pemohon. Sekiranya tanggungan beliau turut mempunyai masalah kesihatan yang sama dan disyorkan doktor untuk mendapatkan peralatan pesakit yang sama, permohonan baru perlu dibuat atas nama tanggungan veteran ATM tersebut.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan di dalam satu mesyuarat khas yang turut dihadiri oleh doktor perubatan kerajaan yang dilantik. Jenis peralatan dan kadar harga ditentukan berdasarkan jenis penyakit yang dihadapi dan laporan perubatan/dokumen tambahan jika perlu. Pemohon akan dibayar atau dibekalkan dengan peralatan pesakit yang sepatutnya berdasarkan penentuan tersebut.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Skim ini merupakan bantuan kewangan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah/vokasional. Tempoh bantuan adalah sepanjang tempoh persekolahan di peringkat tersebut. Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- Peringkat rendah – RM500 setahun
- Peringkat menengah/vokasional – RM700 setahun
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Veteran – Pemilik Kad Veteran berumur 45 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan di bawah PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa yang ditetapkan
- Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
- Anak Yatim Veteran – Di bawah 18 tahun
- Setiap keluarga layak bagi seorang anak yang bersekolah sahaja.
Kadar bantuan disyorkan berdasarkan tempoh terpanjang atau kadar tertinggi yang boleh dinikmati oleh pemohon. Contohnya:
Darjah 1 – RM500 x 6 tahun (sehingga Tahun 6) = RM3,000.00
Tingkatan 2 – RM700 x 4 tahun (sehingga Ting. 5) = RM2,800.00
Vokasional – RM700 x 5 tahun (sehingga umur 19 tahun) = RM3,500
## Pemohon akan diluluskan kadar RM700 setahun bagi anak yang belajar di Tingkatan 3 sekolah Vokasional tersebut.
Tidak boleh. Satu keluarga hanya layak satu permohonan sahaja
Tidak boleh. Hanya pemegang kad veteran boleh memohon jika masih hidup. Puan boleh meminta bekas suami membuat permohonan jika layak.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan struktur terhadap kediaman beliau sehingga menyebabkan kediaman tersebut tidak selamat atau tidak boleh didiami oleh pemohon dan tanggungan
Kadar bantuan adalah sehingga RM10,000 mengikut penilaian kerosakan
Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Veteran – Pemilik Kad Veteran
- Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Veteran bermastautin di kediaman tersebut
- Balu Veteran – dikahwini semasa berkhidmat. Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.
- Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh bencana alam berlaku
Penilaian kerosakan struktur akan dilaksanakan oleh Jurutera Awam (JKR) yang dilantik. Penilaian kerosakan hanya melibatkan struktur rumah kediaman dan tidak termasuk perabot dan peralatan elektrik atau kenderaan pemohon. Kadar bantuan akan berdasarkan penilaian oleh Jurutera Awam tersebut bagi kerosakan yang berkaitan sahaja
Kerosakan struktur rumah belum berlaku. Sehubungan itu, permohonan tidak dapat dipertimbangkan. Namun, pemohon disyorkan untuk memaklumkan isu ini kepada JHEV ATM Cawangan/Negeri untuk khidmat nasihat atau memanjangkan pemakluman secara bertulis kepada Ketua Pengarah JHEV ATM untuk perhatian beliau.
Pemohon disyorkan untuk membuat pemakluman kepada JHEV ATM Cawangan/Negeri untuk khidmat nasihat dan tindakan lawatan bencana. Seterusnya mengemukakan permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Skim Kebajikan JHEV ATM. Pertimbangan akan diberi jika melepasi syarat-syarat kelayakan.
Pagar, awning, bahagian parkir/garaj, stor peralatan dan lain-lain bahagian rumah yang bukan merupakan kawasan yang boleh ‘didiami’ oleh pemohon tidak dianggap struktur rumah kediaman.
Skim ini merupakan bantuan kewangan sekaligus bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik dan IPTS terpilih bagi anak-anak Veteran ATM.
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- RM1000 bagi pengajian peringkat Diploma;
- RM1500 bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama.
- Veteran – Pemilik Kad Veteran
- Tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Balu veteran ATM – dikahwini semasa dalam perkhidmatan
- Had Umur Anak – tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran
- Pengajian sepenuh masa dan di dalam Negara sahaja
- Kursus Pengajian Profesional tidak layak dipertimbangkan
- Kursus berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan tidak layak dipertimbangkan
Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang mengesahkan pendaftaran anak tersebut semasa membuat permohonan.
Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Tidak. Pada masa ini pertimbangan bantuan hanya diberi sekali sahaja bagi seseorang anak pemohon. Syarat ini masih terpakai setakat ini.
Pemohon boleh menghubungi JHEV Cawangan/Negeri masing-masing bagi setiap pertanyaan berkaitan skim kebajikan.
Namun, sekiranya permohonan telahpun diproses oleh pihak JHEV Cawangan/Negeri, pemohon boleh menghubungi Bahagian Kebajikan di talian hotline 03- 26976600 atau 03-20508000 atau nombor sambungan berikut:
Jenis Pertanyaan |
Nombor Sambungan Telefon |
Skim Bantuan Sara Hidup |
8034/ 8038 |
Skim Bantuan Peralatan Pesakit |
8036 / 8029 |
Skim Bantuan Persekolahan |
8036 / 8026 |
Skim Bantuan Bencana Alam |
8033 / 8032 |
Skim Kemasukan IPT |
8033 / 8029 |
Lain-lain / Am Bah. Kebajikan |
8014 |
Balu/duda kepada Veteran ATM yang berstatus warganegara asing layak memohon BSH dengan syarat balu/duda tersebut masih menetap di Malaysia dan menepati semua kriteria pemberian BSH yang berkuatkuasa. Memandangkan balu/duda veteran yang berstatus warganegara asing tidak mempunyai kad pengenalan, maka pihak JHEV ATM Cawangan Negeri hendaklah sentiasa mengemaskini status hidup mati, perkahwinan, pertukaran alamat penerima BSH tersebut setiap 6 bulan sekali dan jika didapati telah meninggal dunia atau telah berkahwin semula, maka bayaran BSH akan dihentikan serta-merta
Veteran ATM yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insovensi Malaysia boleh memohon BSH dengan mengemukakan permohonan bersama-sama pengesahan Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan veteran telah muflis. Permohonan akan dipertimbangkan oleh JKKP. Bagi permohonan yang berjaya, veteran perlu membawa surat kelulusan BSH ini ke Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mendapatkan kebenaran membuka akaun bank. Dengan surat sokongan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, veteran boleh membuka akaun bank (tertakluk kepada persetujuan bank yang berkenaan) dan permohonan BSH boleh dikreditkan ke akaun tersebut setiap bulan.
Bagi kes di atas, isteri-isteri berkenaan boleh memohon BSH dan perkara ini akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat JKKP. Dalam hal ini, JHEV ATM mengambil ketetapan bahawa perkara ini boleh dan wajar dipertimbangkan memandangkan bantuan yang diberi adalah untuk membantu kos sara hidup veteran ATM dan keluarganya. Selain itu, dasar Pencen Terbitan juga membenarkan pembayaran.
Kerjaya
Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:
Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028
Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.
- Nama jawatan kosong.
- Jumlah kekosongan.
- Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan.
- Gaji dan elaun-elaun yang diberi.
- Kemudahan-kemudahan lain seperti perlindungan insurans, pinjaman, penginapan, pengangkutan dan lain-lain
- Nama pegawai sumber manusia atau pengurus yang bertanggungjawab untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
- Kriteria-kriteria lain yang berkenaan sekiranya ada.
BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
- Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
- Melakukan penyesuaian kerja berpandukan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan/diperlukan oleh pihak majikan.
- Memajukan pencalonan Veteran ATM kepada majikan.
- tarikh temuduga kepada Veteran ATM
- Melakukan pemantauan berterusan terhadap Veteran ATM dan majikan.
Sosioekonomi
Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.
Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:
- Surat permohonan dari veteran bagi permohonan pembiayaan kursus tersebut.
- Surat tawaran beserta sebut harga (yuran kursus)
- Salinan Buku Perkhidmatan
- Salinan Kad Bekas Tentera
- Salinan sijil-sijil yang berkaitan
Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028
Veteran ATM boleh memohon untuk mengikuti kursus jangka panjang tetapi akan dikenakan bayaran RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan PERHEBAT seperti penginapan dan sajian.Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan semasa membuat pendaftaran di PERHEBAT.
JHEV tidak menyediakan lot-lot tanah pertanian,apa yang perlu JHEV lakukan ialah membuat tinjauan lot-lot tanah yang kosong di pejabat tanah berkenaan.Jabatan ini hanya mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan sahaja.
JHEV tidak menyediakan peluang-peluang projek kontraktor-kontraktor Veteran ATM adalah dinasihatkan untuk meneliti iklan-iklan tanda di dalam akhbar-akhbar utama dan mengambil peluang menyertai tender tersebut.
Untuk membangunkan Veteran ATM yang terlibat dalam sektor berkenaan, JHEV menghubungkan pengusaha dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman. Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.
Dasar
Boleh dan adalah digalakkan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan secara fizikal dan ia mampu mengelakkan daripada wabak Covid-19 daripada terus menular dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak tersebut. Pada era teknologi ini seharusnya pertubuhan mengambil peluang untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional dalam pengurusan pertubuhan masing-masing. Perkara yang sama juga terpakai ke atas mesyuarat bulanan atau mesyuarat jawatankuasa atau apa jua bentuk mesyuarat yang telah diperuntukan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Persatuan disaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara maya menggunakan konsep Webinar atau persidangan video. Antara aplikasi yang sering digunakan dan boleh digunapakai adalah seperti berikut :
- Microsoft Teams — maksimum 300 peserta dan limitasi masa adalah 24 jam setiap satu sesi.
- Google Meet — maksimum 150 peserta dan limitasi masa adalah 1 jam setiap satu sesi.
- Webex — maksimum 100 peserta dan tiada limitasi masa.
Pendaftar tidak menetapkan sebarang syarat berhubung cara dan kaedah pengendalian mesyuarat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, segala peruntukan seperti korum mesyuarat, pengeluaran notis, usul, topik pembentangan dan lain-lain perkara berkaitan hendaklah selaras dengan apa yang telah diperuntukan di dalam undang-undang tubuh persatuan (perlembagaan persatuan). Minit Mesyuarat juga hendaklah disediakan dengan lengkap dan menjadi tanggungjawab pertubuhan untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan direkodkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu mesyuarat semasa mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Persatuan selaras dengan Akta Veteran 2012 [Akta 740].