• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐇𝐄𝐕 & 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π“π„π‘ππ€πŠπ€π π€π˜π€πŒ πŠπ„πŒ π‘π€π“π“π€ππ€ππ‡πŽπ, π‡π€π“π˜π€πˆ, π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ

Berita

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐇𝐄𝐕 & 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π“π„π‘ππ€πŠπ€π π€π˜π€πŒ πŠπ„πŒ π‘π€π“π“π€ππ€ππ‡πŽπ, π‡π€π“π˜π€πˆ, π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ

Mejar Jeneral Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM, Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Veteran ATM bersama 40 orang pegawai dari JHEV ATM dan wakil Veteran ATM telah melihat sendiri proses penternakan ayam hitam atau ayam selasih diadakan di Kem Rattanaphon for Country Religious, Monarchy & People, Thailand.
Pendedahan yang diberkan tentang bagaimana kaedah penjagaan ayam hitam dari peringkat bertelur, menetas, hingga proses pengasingan rumah mengikut umur ayam tersebut amat jelas oleh seorang usahawan Veteran Thai.
Projek yang bermula pada tahun 2018 ini, dijalankan di tanah yang berkeluasan 1 ekar, dengan mempunyai 6 rumah ayam untuk menghasilkan 80,000 ekor ayam dalam setahun. Terdapat lebih daripada 600 baka ayam diternak di sana. Mereka juga diberi penerangan di mana ayam yang dah cukup tempohnya, akan diedarkan kepada rakyat Thailand secara percuma.
Projek yang dijalankan sendiri oleh veteran Thai di sini , telah mendapat sokongan dari Kerajaan Thailand dengan jumlah 20,0000baht setiap bulan.
Antara khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ialah :
-Mengubati masalah wanita (kitaran haid tidak tetap, senggugut dan monopouse)
-Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
-Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
-Melegakan migrain & angin dalam badan
-Menguatkan hati & buah pinggang
-Melegakan asma
-Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
-Menyelesaikan masalah buasir kecil
-Menaikkan seri muka dengan mencantik, menegang & melicinkan kulit