πππππππ ππππ & πππππππ πππ ππ πππππ πππππππππ ππππππππππ ππππππ, ππππππππ
Bertempat di Ladang Tanaman Sayur Organik, Hat Yai. Mejar Jeneral Datoβ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM, Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Veteran ATM bersama 40 orang pegawai dari JHEV ATM dan wakil Veteran ATM telah melawat kawasan pemprosesan pembuatan baja organik, inovasi kaedah penanaman sayuran serta proses penanaman sayur-sayuran.
Di dalam projek ini, kerajaan Thailand telah mengeluarkan kos sebanyak 1800baht sebulan. Baja organik lebih jimat daripada baja komersial dengan kos permulaan yang rendah serta dapat menghasilkn tanaman yang lebih berkualiti.
Mereka juga turut melakukan inovasi kaedah penanaman sayur lebih tinggi, agar dapat mengurangkan sakit pada postur badan an mengelakkan bongkok semasa kerja penanaman dijalankan.
Terdpat 8 cawangan di daerah yang berlainan, dan mempunyai seramai 200 orang pekerja, juga merupakan kerjasama kukuh Veteran Thailand serta sokongan daripada Kerajaan Thailand telah dapat mempertingkatkan lagi ekonomi Veteran Thai seterusnya ekonomi masyarakat setempat.