• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π πŠπ”ππ‚πˆ π‘π”πŒπ€π‡, πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Berita

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π πŠπ”ππ‚πˆ π‘π”πŒπ€π‡, πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Besut, 25 Ogos 2024 - Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM bagi peringkat Negeri Terengganu.
Menerusi Program Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dengan jayanya melaksanakan majlis penyerahan kunci β€˜Rumah Bina Baharu’ kepada Puan Yuslina Binti Haji Yusof merupakan Balu Veteran ATM (Allahyarham Ramli Bin Yasin).
Beliau adalah Balu kepada Veteran ATM dan bertuah kerana terpilih menyertai Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM. Projek yang bermula pada bulan Mei dan Jun 2023 ini dibina sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di atas tanah milik Veteran sendiri di Besut, Terengganu.
Sehingga 16 Ogos 2024, sebanyak 49 permohonan bina baharu dan 155 permohonan baik pulih telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM4.73 juta. Kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM terbuka kepada Veteran ATM atau balu yang mana pendapatan isi rumah di bawah jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.