• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 (𝗣𝗩𝗗𝗠) 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

Berita

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 (𝗣𝗩𝗗𝗠) 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

RANTAU PANJANG, 21 September 2024 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah melaksanakan PVDM yang dihadiri oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bertempat di Dewan Sri Rantau, SK Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang, Kelantan.
Program ini dimulakan dengan sesi YB Adly bin Zahari bertemu Veteran ATM dan penyerahan Bakul Rahmah. Program pada kali ini terdapat kelainan dari yang sebelumnya kerana menyediakan khidmat Kaunter Bertemu Timbalan Menteri Pertahanan, Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kaunter Bergerak JHEV ATM.
Turut hadir Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, YBhg Brigedier Jeneral Muzamil bin Hj. Ali, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Tuan Hj. Jasri bin Kasim, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Encik Mazlan bin Yaakob, Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT), Mejar Sharulanuar bin Baharom (Bersara) dan Yang Di Pertua Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.
Program diteruskan dengan Lawatan YB Timbalan Menteri Pertahanan ke Kampung Tasik Pasir Putih, Rantau Panjang untuk melawat veteran B40, Encik Othman bin Adam dan menyerahkan bantuan berbentuk Bakul Rahmah. Seterusnya, YB Adly Zahari bergerak ke Kolam Sangkar Ikan yang telah diusahakan oleh veteran Encik Elias bin Yaakob. Dalam lawatan tersebut, YB Adly Zahari telah menyampaikan sumbangan berupa 10 Ribu Benih Anak Ikan Keli.
Beliau juga menyampaikan Sijil Penghargaan dan Plat Keusahawanan kepada Veteran ATM tersebut sebagai tanda kejayaan serta kegigihan nya dalam bidang keusahawanan.