• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

Berita

𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

YB Adly Zahari hari ini telah melaksanakan Peduli Veteran Madani (PVM) di sekitar Cameron Highland menerusi program ini ialah peringkat Negeri Pahang. Program anjuran Kementerian Pertahanan bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) ini adalah merupakan salah satu fokus MADANI Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dan memastikan agenda kebajikan keluarga Veteran ATM sentiasa diutamakan.
Seramai 5 Veteran ATM, Veteran ATM telah dilawati antaranya ialah Encik Saime Bin Abdul Aziz yang menghidap penyakit kencing manis katarak & kedua-dua kaki bengkak. Encik Nasir Bin Abdullah menghidapi kanser usus. Encik Mohd Fauzi Bin Yahya yang mengalami sakit tulang belakang (patah tulang belakang). Encik Rosman Bin Mamak, anaknya yang menghidapi sakit kronik iaitu injap jantung dan paru-paru bermasalah, saluran pernafasan sempit serta Down Syndrome. Manakala Encik Alias Bin Busu Panjang veteran yang sakit tua - uzur.
Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif Peduli Veteran Madani dalam usaha memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM agar terus terbela sejajar dengan jasa dan pengorbanan oleh Veteran ATM dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara. Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Peduli Veteran Madani melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.
Program lawatan ini turut diiringi Ketua Pengarah JHEV ATM; Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Pahang; Mej Khairul Ashinar bin Azid @ Aziz TUDM serta wakil persatuan-persatuan veteran ATM sekitar Pahang.