• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐌𝐘 π‡π„π‘πŽπ„π’ π•π„ππƒπˆππ† πŒπ€π‚π‡πˆππ„ πŠπ‡π”π’π”π’ ππ€π†πˆ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ

Berita

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐌𝐘 π‡π„π‘πŽπ„π’ π•π„ππƒπˆππ† πŒπ€π‚π‡πˆππ„ πŠπ‡π”π’π”π’ ππ€π†πˆ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ

Sejajar dengan objektif penubuhan JHEV ATM iaitu membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM, satu lagi program telah diwujudkan khusus bagi Veteran ATM.
Ketua Pengarah JHEV ATMΒ mewakili YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah melancarkan program β€œπ‘΄π’š 𝑯𝒆𝒓𝒐𝒆𝒔 π‘½π’†π’π’…π’Šπ’π’ˆ π‘΄π’‚π’„π’‰π’Šπ’π’†β€ yang diinspirasikan daripada program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertempat di KD Sri Gombak.
Program ini diperkenalkan melalui Koperasi Saudagar Veteran Berhad (KOSAVET) yang dianggotai oleh Veteran ATM dan beroperasi di seluruh Malaysia. Objektif utama program β€œMy Heroes Vending Machine” adalah memberi peluang kepada Veteran ATM menambah sumber pendapatan (selain pencen dan pekerjaan semasa) agar mereka dapat keluar dari golongan B40 atau miskin bandar.
JHEV ATM sentiasa cakna bukan sahaja dari aspek kebajikan Veteran ATM malahan juga sentiasa berusaha mewujudkan inisiatif-inisiatif baru bagi menambahbaik taraf sosioekonomi mereka.