𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢
JOHOR BAHRU, 5 September 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menyantuni veteren di Program Peduli Veteran Madani (PVM) signifikan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Veteran ATM kawasan Mersing, dekat sini hari ini.
Sepanjang program yang bermula dari 4 hingga 6 September 2024 itu, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni 12 orang veteran ATM yang sedang uzur dan sakit kronik.
Daripada jumlah tersebut, dua orang veteran adalah dari kategori veteran usahawan di mana masing-masing mengusahakan perniagaan kedai makan dan kedai memproses ayam segar. Selain bertanya khabar, Timbalan Menteri Pertahanan YB Adly Zahari turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti makanan, susu kesihatan, lampin pakai buang kepada setiap veteran yang diziarahi.
Dalam pada itu, sebanyak 300 Bakul Rahmah telah diagihkan kepada persatuan-persatuan veteran setempat untuk diberikan kepada veteran asnaf.
Program PVM Mersing pada kali ini turut diiringi Panglima 21 GGK; Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab; Pegawai Staf 1 Sekretariat JHEV; Leftenan Kolonel Nor Azimi bin Idris, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Johor; Mejar Johadi bin Jemaat, serta Wakil JKM , Wakil PERHEBAT dan Wakil persatuan-persatuan veteran ATM Daerah Mersing.
Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM sentiasa cakna akan keperluan Veteran ATM yang melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi Veteran ATM.