๐ฉ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ช๐๐ฅ๐ ๐ ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฉ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ง๐
๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด, ๐ฎ๐ณ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Pertahanan dan KESUMA, telah dimeterai dalam Majlis Pengiktirafan Kohort Pertama VETERAN MyWIRA dekat sini, hari ini.
Matlamat utama untuk memastikan kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terbela, dan merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam menangani isu yang dihadapi oleh golongan veteran, khususnya mereka yang bakal bersara.
Menurut Menteri Pertahanan, YB Datoโ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, adalah menjadi tanggungjawab beliau dan kementerian untuk menyediakan bantuan serta halatuju kepada parajurit yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi.
โSelepas meninggalkan perkhidmatan, para veteran memerlukan sokongan untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang bermakna dan sejahtera. Salah satu cabaran utama yang dikenal pasti adalah kadar pendapatan dan pencen yang rendah, dengan majoriti Veteran ATM menerima RM3,000 atau kurang. Jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.โ
Beliau berkata demikian dalam Teks Ucapan Penghargaan yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) Mej. Jen. Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki yang mewakili beliau dalam program tersebut.
Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk program keusahawanan yang dikendalikan oleh agensi seperti PERHEBAT. Usaha ini bertujuan menyediakan peluang kerjaya dan sumber pendapatan alternatif kepada veteran. Selain itu, Program Peduli Veteran Madani (PVM) juga telah diperkenalkan, memberi tumpuan kepada kebajikan veteran di seluruh negara, ujar nya lagi.
Salah satu inisiatif penting dalam Dasar Madani adalah komitmen kerajaan untuk meningkatkan dana peruntukan bagi JHEV ATM. Peningkatan peruntukan ini adalah langkah besar yang diambil untuk memastikan lebih banyak veteran dapat menerima manfaat dari segi bantuan kewangan, sokongan kebajikan, dan peluang pembangunan kerjaya.
โTeras ke-6 Dasar Madani, yang berfokuskan kepada โIhsanโ, memainkan peranan penting dalam melibatkan TalentCorp dan PERHEBAT untuk membangunkan ekosistem yang membantu veteran serta bakal pesara ATM. Program latihan kemahiran, pendedahan industri, dan peluang pekerjaan berkualiti adalah antara usaha yang dijalankan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Kerjasama antara TalentCorp, PERHEBAT, dan rakan industri juga diharapkan dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada para veteran,โ kata beliau lagi.
Terdahulu, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia semasa merasmikan majlis tersebut turut mengumumkan syarikat-syarikat baru seperti FedEx, Western Digital, Walta COE dan Hilton Malaysia yang bakal menyertai inisiatif ini, membuka lebih banyak peluang untuk para veteran negara kita.
Beliau berkata, melalui inisiatif TalentCorp & PERHEBAT, 25 orang Veteran ATM berjaya memperoleh kerjaya kedua bersama Micron Malaysia selepas menamatkan program latihan selama tiga bulan.
Kejayaan mereka menunjukkan betapa pentingnya peluang kerjaya kedua selepas bersara bagi wira negara kita.
VETERAN MyWIRA membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah untuk veteran, tambah nya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah
Datuk Azman Bin Mohd Yusof
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),
Encik Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Timbalan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad,
Encik Thomas Mathew
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Talent Corporation Malaysia Berhad, Encik Amarjit Sandhu, Timbalan Presiden, Micron Memory Malaysia
dan Encik Ramamoorthy A/L Ganapathy Iyer, Naib Presiden, Micron Memory Malaysia
Sementara itu Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki menekankan bahawa โProgram MyWIRAโ akan memberi manfaat kepada lebih daripada 50,000 veteran berusia di bawah 50 tahun apabila diperluaskan kepada lebih banyak pemain industri. Ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk menyediakan peluang kerjaya kedua kepada veteran yang telah menyumbang kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Golongan veteran dijangka terus memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan ekonomi negara melalui program ini.
โProgram โVeteran MyWIRAโ tidak hanya menekankan aspek kebajikan, tetapi turut membuka pintu kepada peluang baru yang dapat memperkasa golongan veteran. Usaha ini adalah langkah penting dalam memastikan bahawa kebajikan veteran terus dipelihara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.
Dengan usaha bersepadu dari pihak kerajaan, agensi, dan sektor industri, Veteran ATM dijamin akan terus menerima sokongan yang mereka perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera selepas bersara daripada perkhidmatan,โ kata Ketua Pengarah JHEV ATM lagi.