• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗛𝗕 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠

Berita

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗛𝗕 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟳 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 - RHB Bank Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, dalam usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk menyediakan sokongan yang lebih komprehensif kepada para veteran ATM.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah En. Muhammad Amin Leong Abdullah, Head Personal Financing & Alliances, Consumer Finance, Puan Norsuhaila Kamarudin (Squad Lead PF) Deduction@Source Consumer Finance dan En. Saifulizam bin Wahid, Partnership Management Consumer Finance.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan inisiatif-inisiatif baharu dalam bidang yang boleh memperkasa dan memudahkan kebajikan golongan veteran ATM amnya. Delegasi RHB Bank turut mengusulkan beberapa program untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan veteran serta memperluas akses kepada perkhidmatan perbankan yang mudah dan mesra pelanggan.
Ketua Pengarah JHEV ATM, turut menzahirkan penghargaan kepada pihak RHB Bank atas komitmen mereka. Beliau menyatakan bahawa kerjasama ini amat dialu-alukan, memandangkan ia berpotensi untuk memperkukuhkan lagi usaha JHEV ATM dalam membantu meningkatkan kualiti hidup para veteran dan keluarga mereka.