• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • Bengkel Cadangan Penambahbaikan Permohonan Pengiktirafan Bekas Tentera Sebagai Veteran ATM

Berita

Bengkel Cadangan Penambahbaikan Permohonan Pengiktirafan Bekas Tentera Sebagai Veteran ATM

JHEV ATM telah melaksanakan Bengkel Cadangan Penambahbaikan Permohonan Pengiktirafan Bekas Tentera Sebagai Veteran ATM pada 22 hingga 24 Februari 2024 bertempat di Janda Baik, Pahang. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil Perkhidmatan ATM, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MINDEF, Bahagian Undang-Undang MINDEF, ahli-ahli Majlis Veteran Kebangsaan dan wakil persatuan-persatuan Veteran ATM.
Beberapa cadangan penambahbaikan telah dibincangkan oleh peserta bengkel dan dibentangkan kepada panel terdiri daripada YBhg. Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaafar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota; Mej Jen Zambery Jefry Bin Hj Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM; Brig Jen Abdullah Thani bin Abd Rahim, Pengarah Cawangan Tenaga Kerja dan YBhg. Lt Jen Dato' Sri Abdul Aziz bin Ibrahim (Bersara), ahli Majlis Veteran Kebangsaan. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mendapatkan cadangan untuk menambahbaik proses permohonan pengiktirafan bekas tentera sebagai Veteran ATM secara inklusif dan komprehensif melalui penglibatan stakeholders yang berkaitan. Walau bagaimanapun, dapatan cadangan daripada bengkel ini seterusnya akan diangkat ke peringkat Pengurusan Tertinggi MINDEF bagi mendapatkan hala tuju konkrit berhubung permohonan oleh bekas tentera yang diberhentikan atas sebab salah laku untuk diiktiraf sebagai Veteran ATM.
Seterusnya, penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaafar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota dan beliau menyeru agar wakil-wakil persatuan sentiasa proaktif dalam mewar-warkan inisiatif kebajikan yang diuruskan oleh JHEV ATM untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM dan orang tanggungan kepada ahli persatuan masing-masing. Selain itu, Perkhidmatan ATM juga akan sentiasa menyokong inisiatif positif JHEV ATM ini dengan melibatkan JHEV ATM dalam program-program roadshow yang dianjurkan oleh Perkhidmatan ATM kelak.