Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.
Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Pautan Pantas
Syarat - Syarat Bantuan Persekolahan
- Kategori Pemohon* :
- Veteran ATM (berpencen atau tidak berpencen);
- Balu/Duda kepada Veteran ATM (Balu/Duda yang berkahwin semula TIDAK LAYAK memohon sebarang bantuan kebajikan);
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun dan di bawah 23 tahun jika masih belajar (termasuk anak tiri dan anak angkat sah Veteran). Tiada had kelayakan umur bagi anak yatim yang disahkan daif dari segi fizikal dan mental serta tidak berupaya menanggung diri sendiri; atau
- Waris/ Penjaga kepada anak yatim Veteran ATM (yang masih kecil atau yang daif dari segi mental dan fizikal).
- Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini.
- Hanya seorang anak sahaja LAYAK dipertimbangkan bantuan persekolahan bagi seorang Veteran ATM.
- Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuat kuasa selama mana anak tersebut masih menuntut di sekolah rendah atau menengah/vokasional. Bantuan akan terhenti jika anak veteran tersebut tamat persekolahan yang diluluskan.
- Bagi anak yang sedang menerima BSK diperingkat sekolah rendah dan akan menamatkan pembelajaran diperingkat rendah tersebut, hendaklah mengemukakan permohonan baharu perlu bagi dipertimbangkan diperingkat menengah.
Kadar bantuan
- RM500 setahun bagi sekolah rendah.
- RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional.
Bagaimana untuk memohon?
- Semua permohonan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan hendaklah dibuat menggunakan Sistem VIBES 2.0 atau Borang Bantuan Kebajikan yang boleh didapati disemua JHEV Cawangan Negeri dan laman web JHEV ATM.
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2025 - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Sekiranya pemohon didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, pemohon boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 7 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. Malah permohonan tersebut juga boleh ditolak jika maklumat yang diberikan adalah palsu.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
- Pemohon hendaklah memberikan kebenaran kepada Jabatan untuk menyemak maklumat dengan mana-mana individu atau agensi. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Bahasa
English 