Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.
Penerima boleh mengemukakan permohonan untuk penyambungan bantuan BSH dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun tersebut.
Permohonan akan dinilai semula untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Syarat - Syarat Bantuan Sara Hidup
- Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Veteran ATM yang bermastautin di luar negara tidak layak.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Bekas isteri/bekas suami yang bercerai hidup tidak layak.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 23 tahun jika masih belajar, dan tiada had umur bagi anak yatim OKU.
- Faktor-faktor lain seperti faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), atau faktor/ komitmen lain yang munasabah juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH. Namun komitmen seperti ansuran rumah dan kereta adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.
Kadar bantuan
Penerima yang diluluskan akan menerima RM300 sebulan / RM500 sebulan (Veteran Tidak Berpencen berumur 60 tahun dan ke atas sahaja)
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Sekiranya pemohon didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, pemohon boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. Malah permohonan tersebut juga boleh ditolak jika maklumat yang diberikan adalah palsu.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
- Pemohon hendaklah memberikan kebenaran kepada Jabatan untuk menyemak maklumat dengan mana-mana individu atau agensi. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000