Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
ALOR SETAR, 5 NOVEMBER 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman, selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Barbeque yang diadakan di Glass Hall, Elissa Garden, Alor Setar Kedah. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyerikan suasana majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, serta 163 veteran daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD). Penganjuran majlis ini bertujuan memperkukuh jalinan silaturahim antara warga veteran dan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam majlis berkenaan, Baginda Tuanku berkenan beramah mesra bersama beberapa bekas anggota yang pernah berkhidmat bersama Baginda antara tahun 1964 hingga 1974, iaitu Encik Mohd Faisal bin Mohd Darus, Encik Abdul Kadir bin Dahuri, Encik Ahmad Nor bin Othman, dan Encik Karia bin Chin. Keberangkatan dan keprihatinan Tuanku terhadap bekas anggota tersebut mencerminkan sifat kasih, luhur dan penghargaan tinggi Baginda terhadap jasa mereka dalam perkhidmatan ATM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Majlis ini menjadi simbol semangat perpaduan, kesetiaan dan kekeluargaan antara institusi ketenteraan dan warga veteran di bawah naungan kasih serta perhatian KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Bilangan Pelawat

3659360
Hari Ini: 679
Jumlah Pelawat: 3,659,360

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM