Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Arkib Berita
SHAH ALAM, 6 November 2025 - Seramai 1,018 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan dalam Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, hari ini. Majlis berprestij tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, yang menyampaikan PJM sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa, pengorbanan dan khidmat bakti Veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara. Penganugerahan PJM ini bukan sekadar simbol penghormatan, malah merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap sumbangan besar warga Veteran ATM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keamanan tanah air. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) untuk terus menghargai jasa serta menjaga kebajikan para perwira negara. JHEV ATM akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan dan pengiktirafan bagi memastikan setiap veteran ATM serta waris mereka menikmati kesejahteraan hidup yang selaras dengan prinsip Malaysia MADANI; Kesejahteraan. Penghargaan seperti PJM ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada semua veteran untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara walaupun selepas menamatkan perkhidmatan dalam ATM. Turut hadir ialah Tuan Mohd. Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, wakil Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi, Mejar Jeneral Mohd. Sobirin bin Haji Mohd Yusof, Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJTD), Mejar Jeneral Muhd. Aznor bin Haji Md. Ghazali TUDM, Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Markas Tentera Udara (MTU), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan @ Asri bin Ismail, Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Haji Ridzwan bin Shoib, Komander Rejimen 502 AW, Lt. Kol Muhammad Shazarikh bin Shaad, Ketua Staf Markas 11 Briged, Lt. Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Ahli-ahli Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) dan Wakil-wakil Persatuan Veteran ATM. Program ini juga merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM, yang memberi penekanan kepada peningkatan taraf sosioekonomi serta pengiktirafan terhadap jasa pejuang negara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bilangan Pelawat

3659360
Hari Ini: 679
Jumlah Pelawat: 3,659,360

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2026 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM