Pembukaan Semula Kaunter Khidmat Pelanggan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB)
Kaunter Khidmat Pelanggan JHEV ATM akan dibuka semula mulai 6 Mei 2020 tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Waktu/Masa Berurusan :
- Waktu : 9.00pagi hingga 2.30 petang.
 - Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Kuala Lumpur & Selangor, Negeri Sembilan & Melaka, Perak, Pahang, Sabah, Sarawak. (Tertakluk kepada arahan semasa kerajaan Negeri berkenaan).
 - Ahad hingga Khamis (kecuali cuti umum). Negeri Kelantan & Terengganu, Kedah, Pulau Pinang & Perlis, Johor. (Tertakluk kepada arahan semasa kerajaan Negeri berkenaan)
 
 - Membuat temujanji sehari awal melalui Pusat Panggilan dan menyatakan tujuan kehadiran.
 - Pelanggan yang ingin berurusan dinasihatkan untuk hadir berurusan bagi perkara-perkara yang penting sahaja agar Arahan PKPB dapat dipatuhi dalam mencegah penularan wabak COVID-19.
 - Etika Dikaunter Khidmat Pelanggan JHEV ATM semasa PKPB
- Jarak pergerakan/perjalanan pelanggan masih tertakluk kepada arahan semasa pihak berkuasa.
 - Perjalanan merentas sempadan bagi negeri adalah tidak dibenarkan
 - Mematuhi etika penjarakan sosial
 - Pelanggan mestikan sihat dan suhu badan di paras normal
 - Memakai topeng muka
 - Merekod maklumat terlebih dahulu sebelum berurusan dikaunter
 - Mencuci tangan sebelum dan setelah selesai berurusan dikaunter
 
 
                                                                            Bahasa                                            
                                                                            English                                            