Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.
Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Pautan Pantas
Syarat - Syarat Bantuan Persekolahan
- Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.
Kadar bantuan
- RM500 setahun bagi sekolah rendah.
- RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional.
Bagaimana untuk memohon?
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 - Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Semak status permohonan
Dapatkan bantuan!
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000