๐๐๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐-๐๐ (๐๐๐-๐๐) ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐ฅ๐๐ญ๐๐จ๐ซ๐ฆ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐
๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐, ๐ญ๐ฏ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-98 (PAN-98) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Grand Barakah, Ampang, Selangor. Perhimpunan tahunan ini menjadi platform utama bagi veteran ATM untuk berbincang dan membentangkan isu-isu yang relevan terhadap kebajikan serta kesejahteraan komuniti veteran di seluruh negara.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM). Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya memperkukuhkan kebajikan veteran ATM serta mengumumkan beberapa inisiatif baharu yang dijangka membawa manfaat besar kepada komuniti veteran.
Beliau berkata, di antara inisiatif utama yang akan di laksanakan dalam tempoh terdekat ini adalah pelancaran Kad Veteran Digital yang di jadualkan pelancaran secara rasminya pada 24 September 2024 nanti. Kad ini akan menggantikan kad fizikal sedia ada, antara lain nya berfungsi memberi akses yang lebih mudah dan pantas kepada perkhidmatan pendaftaran untuk kemudahan dan faedah yang disediakan oleh JHEV ATM.
Penggunaan Kad Veteran Digital ini juga adalah alternatif kepada Kad Veteran Fizikal sedia ada yang masih boleh digunapakai buat masa ini, tambah beliau lagi.
Pada perhimpunan ini, para perwakilan veteran dari seluruh negara turut membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh kebajikan golongan veteran. Perkara yang mendapat perhatian adalah cadangan untuk memperluas dan menambah jumlah peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH), meningkatkan Inisiatif Bantuan Perumahan meliputi pembinaan baharu serta baik pulih, Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) serta memperbaiki kemudahan rawatan perubatan untuk veteran yang uzur atau menghidap penyakit kronik.
โSokongan terhadap Kempen Tabung Pahlawan turut menjadi tumpuan utama topik penting dalam perhimpunan kali ini, dengan kempen pengumpulan dana terbaru giat dilakukan kini bagi sesi 2024/2025 yang akan dilancarkan serentak dengan pelancaran Kad Veteran Digital. Diharapkan dana yang lebih besar dapat dikumpul bagi menyokong usaha menjaga kebajikan para veteran ATM,โ ujar Datoโ Haji Semaon semasa ucapan perasmian tersebut.
Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada para veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara. Beliau menekankan bahawa JHEV ATM akan terus senantiasa komited untuk terus menjaga kebajikan mereka, dan menyeru kerjasama dari semua pihak, termasuk lah sektor korporat memberi bantuan sama ada dalam aspek kebajikan mahupun perkhidmatan dalam memastikan agenda hala tuju veteran ATM terus terbela.
Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-98 kali ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama perwakilan dan tetamu kehormat, diikuti dengan majlis makan malam.
Turut hadir ialah Presiden Persatuan Veteren ATM (PVATM) merangkap Timbalan Presiden VECONAC Kapt. Datuk Sharuddin bin Haji Omar dan tetamu-tetamu kehormat yang lain dalam persidangan PAN-98.