๐๐ฃ ๐๐๐๐ฉ ๐ง๐๐ฟ๐๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด: ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐ธ๐ป๐ฎ ๐ฉ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต
๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ, ๐ญ๐ฑ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki hari ini melakukan lawatan kepada Veteran ATM sempena Program Cakna Veteran ATM Negeri Sabah di sekitar Putatan, Sembulan dan Kota Kinabalu.
Program Cakna Veteran ATM kali ini adalah kunjungan pertama beliau sejak mengambil alih tampuk kepimpinan JHEV ATM pada 2 September 2024 yang lalu sebagai Ketua Pengarah yang ke-9.
Sepanjang lawatan ke dua daerah ini dalam usaha bertemu dan mengenalpasti inisiatif bantuan kebajikan yang di perlukan oleh para veteran ATM dan keluarga, YBhg. Datoโ Haji Semaon berpeluang menyantuni 4 orang Veteran ATM dan seorang balu.
Mereka ialah Encik Abdul Shukor bin Ismail dan Encik Losminol bin Dorod yang kedua duanya menghidap strok (sebelah kiri badan), manakala Encik Ghani @ Rani bin Liban menghadapi masalah pendengaran serta uzur. Encik Jakariah bin Aman pula menghidap masalah buah pinggang (tahap3) serta seorang balu, Puan Asmah binti Kupan yang telah uzur.
Sempena lawatan ini, Ketua Pengarah JHEV ATM turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai untuk meringankan beban veteran dan ahli keluarga mereka.
Di antara fungsi dan peranan pelaksanaan Program Cakna ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara JHEV ATM dan warga Veteran ATM, selain dari usaha membantu dan membela nasib mereka.
Semua Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen serta tidak berpencen adalah diseru supaya mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) agar dapat menerima manfaat skim bantuan yang disediakan kerajaan.
Ini bagi memastikan semua skim bantuan JHEV ATM seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), persekolahan, kemasukan ke institusi pengajian tinggi, peralatan pesakit dan bencana alam dapat disalurkan kepada mereka yang berkelayakan secara teratur serta efektif.
Untuk tujuan itu, semua warga Veteran ATM boleh mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam Portal VIBES 2.0 di Pautan Portal VIBES 2.0;
Hadir sama dalam Lawatan Program Cakna tersebut ialah Mej Mohammad Syaffik bin Yahaya, PS2 Atur Turus JHEV ATM, Kapt Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Pemangku Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah dan ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kota Kinabalu dan Putatan.