• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA KE-18

Berita

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA KE-18

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk merasmikan MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA KE-18 pada hari ini di Sungai Petani, Kedah.
Saya juga berkesempatan untuk menyampaikan pencerahan mengenai skim skim dan inisiatif yang ditawarkan oleh JHEV ATM antaranya Skim Bantuan Perubatan, Bantuan Sara Hidup, Bantuan IPTA/IPTS dan lain lain.
Program hari ini turut disulami dengan penyampaian bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada Veteran ATM serta balu yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Sani selaku Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia dan Kelab Veteran Komando Malaysia kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat agung pada kali ini dan semoga terus maju dan berjaya pada masa akan datang, terima kasih juga diucapkan kepada wakil wakil persatuan sekitar negeri kedah.