KEBAJIKAN VETERAN ATM DIBERI PERHATIAN : LAWATAN CAKNA YBHG. DATUK KSU KE SRI MANJUNG & SITIAWAN
SRI MANJUNG, 30 NOVEMBER 2024 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali, telah melakukan lawatan kebajikan kepada 3 Veteran ATM yang terlantar sakit di sekitar Sri Manjung dan Sitiawan, Perak sebagai sebahagian daripada usaha dan komitmen berterusan untuk menjaga kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lawatan tersebut adalah di antara jadual lawatan kerja YBhg. Datuk KSU ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Hadir sama dalam lawatan tersebut adalah Presiden Persatuan Veteran TLDM Negeri Perak, YB Laksamana (B) Haji Imran Abd Hamid.