
PROGRAM VETERAN MADANI (VDM) BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DI SLIM RIVER, PERAK
Program dimulakan dengan lawatan ke kediaman En. Shahrudin bin Hamid, seorang veteran ATM berstatus asnaf dan daif yang menetap di Kampung Kuala Slim. Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah menyampaikan sumbangan berupa kipas angin berdiri, tilam baharu bersaiz 8 inci dan kotak makanan asas bagi meringankan beban beliau.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Puan Salina binti Samsudin, ADUN Behrang, Tuan Sophian Isswandy bin Ismail ,TKP JHEV ATM, Hj Mohd Sabli bin Bakri, Pegawai Daerah Muallim, Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, CEO Yayasan Veteran ATM, Brig Jen Mohd Rosli bin Abu Bakar, Panglima 2 Bgd, . Tuan Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Daerah Mualim, veteran ATM setempat dan penduduk Kampung Orang Asli Sungai Lembing.
Seterusnya, YB Timbalan Menteri mengunjungi En. Yuzwan Azrin bin Lok Wok Razali, seorang veteran ATM yang kini bergiat dalam keusahawanan santan di Pasar Slim River. Beliau menerima dua buah peti simpanan kelapa bernilai RM4,500, selain sijil penghargaan dan plet usahawan atas kejayaan beliau dalam bidang perniagaan. Lawatan turut memberi peluang YB Timbalan Menteri beramah mesra dengan pengunjung pasar.
Lawatan diteruskan ke Kampung Orang Asli Sungai Lembing, bagi menyantuni Jinda a/l Awai, veteran ATM dari kaum Orang Asli. Dalam lawatan ini, beliau telah menerima Kad Veteran ATM baharu serta sumbangan kotak makanan.
YB Timbalan MENHAN turut menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama komuniti Orang Asli serta meninjau pameran kerjaya Askar Wataniah oleh Rejimen 503 (AW). Beliau juga melaksanakan saringan kesihatan yang disediakan oleh pihak Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM (BPK).
Sebagai simbolik penghargaan, beliau telah menyempurnakan penyerahan Bakul Rahmah kepada tiga penerima terpilih iaitu Tok Batin Orang Asli Encik Rampas bin Atak, Ketua PV ATM Cawangan Slim River, dan wakil PV RISIK Perak.
Sebanyak 150 Bakul Rahmah dan 150 kampit beras Faiza 5kg turut diagihkan kepada komuniti Orang Asli serta persatuan veteran setempat sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada golongan sasaran.