Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Berita

๐๐ˆ๐๐Š ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ

PUSPANITA Cawangan Kecil JHEV ATM sebagai cabang PUSPANITA Kementerian Pertahanan turut menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang di sambut pada bulan Oktober setiap tahun oleh Kementerian ini. Sambutan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para wanita khususnya tentang kepentingan penjagaan kesihatan payudara serta sebagai tanda sokongan kepada pejuang kanser payudara.
Sebagai tanda sokongan kepada Kempen โ€˜Pink Oktoberโ€™, ahli ahli PUSPANITA Cawangan Kecil JHEV ATM dan warga JHEV ATM telah berpakaian bertemakan pink dan memakai Pink Ribbon pada 29 Oktober 2024 (Selasa).

๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—–๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ: ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ฆ

๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐— , ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melakukan lawatan kebajikan pasca banjir bagi menyantuni tiga orang veteran ATM yang terkesan akibat bencana banjir di sekitar Kulim.
Hadir sama mengiringi beliau dalam kunjungan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Selain bertanya khabar, YB Adly Zahari turut menyerahkan bantuan berupa Bakul Rahmah, Bantuan Kebajikan, Kit Pasca Banjir, serta sumbangan wang tunai kepada para veteran. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dalam tempoh pemulihan pasca banjir, selain memberi sokongan moral kepada para veteran yang menghadapi cabaran akibat bencana alam.
Komitmen Kementerian Pertahanan bersama JHEV ATM ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada golongan veteran ATM yang memerlukan bantuan segera di samping sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan para veteran yang terjejas mendapat perhatian sewajarnya.
Program lawatan sebegini juga akan dapat memperkukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan, JHEV ATM, dan komuniti veteran dalam usaha memastikan kesejahteraan mereka terpelihara.
Hadir sama semasa kunjungan tersebut ialah Brigedier Jeneral Datoโ€™ Saipol Anuar bin Jaafar, Panglima 6 Bgd, Mejar Mohd. Izmer bin Ghazali TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—”, ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Kementerian Pertahanan menyambut baik peruntukan Belanjawan 2025 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berhubung kesejahteraan sosioekonomi Veteran ATM seperti pelarasan pencen Veteran ATM secara berfasa, Program Protege-Veteran ATM, kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan lanjutan tempoh bayaran Penghargaan Khas Veteran ATM.
Mendepani cabaran tahun 2025, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) akan terus proaktif dan responsif dalam mentransformasi ekosistem yang berkesan demi kepentingan kumpulan sasar.
Dalam sektor keusahawanan, Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) akan dilebarluaskan manfaatnya sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.
Pada majlis PUVET ATM hari ini, YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan menyeru Veteran ATM untuk lebih cakna, progresif dan inovatif untuk lebih berjaya dalam dunia perniagaan yang amat kompetitif. Veteran turut disaran memanfaatkan segala insentif
keusahawanan yang disediakan Kerajaan seperti dana zakat dan pembiayaan mikro yang disediakan menerusi i-TEKAD hasil kerjasama PERHEBAT dengan Affin Islamic Bank, Bank Muamalat Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.
Turut hadir mengiringi beliau dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Beliau turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM140,000.00 kepada 28 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang terlibat dalam perniagaan seperti perkhidmatan, elektrikal, pembuatan, makanan dan peruncitan. Sehingga kini, 161 usahawan veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00.
Inisiatif ini mendapat sokongan penuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Ekonomi. Kolaborasi ini amat penting agar manfaatnya dapat dinikmati dengan lebih bersasar oleh kelompok veteran.
Menerusi PUVET ATM, veteran turut menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau business matching, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti fasiliti, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.

๐Š๐’๐” ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ก๐—–๐—›๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM yang berlangsung pada 27 Oktober 2024 di Sekinchan, Selangor. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali. Hadir sama mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, YBrs. Encik Sophian Isswandy bin Ismail.
Majlis ini menyaksikan penyerahan sebuah rumah bina baharu kepada Encik Hamid bin Idris, seorang veteran ATM yang berkelayakan. Program bina baharu ini merupakan hasil kerjasama antara JHEV ATM dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebagai satu usaha murni untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terjamin. Pada tahun ini, JHEV ATM telah meluluskan sebanyak 53 buah rumah bina baharu untuk para veteran ATM di seluruh Malaysia, melepasi sasaran asal sebanyak 50 buah rumah.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Lokman Hakim menekankan komitmen Kementerian Pertahanan dalam mempertingkatkan kualiti hidup veteran ATM dan keluarga mereka melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif perumahan ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai veteran ATM menerima bantuan yang sewajarnya.
Dikesempatan itu juga, Datuk Lokman Hakim sempat menyantuni tiga orang veteran ATM yang uzur dan memerlukan bantuan. Mereka adalah Puan Mariam binti Mohd. Pahang, Encik Baโ€™at bin Mat dan Encik Ahmad bin Ibrahim. Usahasama ini mencerminkan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap kesejahteraan golongan veteran yang memerlukan sokongan tambahan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, Kdr. Mohd. Kamal Irfan bin Hassan Sabri TLDM, wakil-wakil daripada SPNB, serta wakil-wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM). Mereka menyertai program ini dalam menzahirkan serta menunjukkan komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan inisiatif kebajikan untuk para veteran ATM.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JHEV ATM dalam memenuhi keperluan asas dan memberi sokongan kepada para veteran yang memerlukan, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan veteran.
Sebelum bersurai, rombongan meluangkan masa pada sesi bergambar bersama penerima rumah dan tetamu kehormat lain yang hadir serta melawat ke rumah baharu yang telah diserahkan.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐— 

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih kepada Puan Alimah binti Rahim iaitu balu kepada veteran ATM Encik Samsuddin bin Samah. Tentera Darat Malaysia
(TDM) melalui Skuadron Ke-9 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah melaksanakan pembaikkan ke atas rumah beliau menerusi Program Jiwa Murni (PJM) iaitu sebuah program
di bawah inisiatif TDM. PJM adalah merupakan salah satu inisiatif dalam meningkatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat.
Program ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan penglibatan rakyat serta seluruh komuniti masyarakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.
Turut serta menerima manfaat daripada program ini ialah tiga orang penerima lain iaitu seorang Veteran ATM, Encik Mohd Rafei bin Jantan dari Kampung Belakang Pekan, Puan Abidah binti Maurob dari Kampung Belimbing Dalam dan Puan Zuraida binti Salim dari Kampung Sungai Petai. YB Adly Zahari telah menyerahkan Plaque Rumah dan Bakul Rahmah kepada semua penerima sebagai simbolik penyerahan rumah yang telah siap dibaik pulih.
Skop kerja pembaikan telah bermula pada 7 September dan siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2024 meliputi kerja-kerja menukar struktur papan yang usang kepada bata, memasang kerangka dan bumbung bagi membaiki bumbung yang rosak, melepa dan
mengecat dinding serta pendawaian elektrik.
Hadir sama dalam majlis penyerahan ini ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datoโ€™ Indera Zahari bin Mohd Ariffin.
Terdahulu pada sebelah pagi, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan aktiviti gotong-royong iaitu membersihkan kawasan rumah Encik Abu Bakar@Dak Zam yang terletak di Kampung Pulau, Durian Tunggal. Di kesempatan itu, YB Adly turut meluangkan masa menyantuni beliau serta mengagihkan 200 Bakul Rahmah kepada penduduk kampung. Program tersebut adalah sebahagian daripada program PJM yang turut disertai 9 Skn RAJD dan Rejimen 514 Askar Wataniah (514 AW).
Pada 25 Oktober 2024, YB Adly telah menghadiri Majlis Penutup Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datoโ€™ Dol Said, Alor Gajah. JERI adalah sebuah program yang memberi penekanan kepada aspek spritual dan rohani bagi membentuk sahsiah serta peribadi remaja yang mulia dan bermotivasi tinggi. Program ini dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Alor Gajah dan warga pendidik SMK Datoโ€™ Dol Said.
Pada sebelah petang, YB Adly telah mengadakan Lawatan Ziarah Mahabbah ke lima buah rumah di sekitar Asahan. Selain beramah mesra, YB Adly turut menyampaikan bantuan sumbangan kewangan dan Bakul Rahmah. Program ini adalah sebahagian daripada komponen dalam Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) yang telah bermula pada 24 Oktober 2024. Program ini dikoordinasikan bersama-sama dengan pihak KAGAT, Pusat Khidmat Alor Gajah dan kariah Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah.
Selain daripada itu, program selama tiga hari ini diteruskan dengan inisiatif Veteran Desa Madani (PVDM) yang mana YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni dua orang veteran
ATM serta seorang balu veteran ATM di sekitar Alor Gajah. Dalam kunjungan tersebut, YB Adly Zahari telah beramah mesra dan turut menyerahkan sumbangan Bakul Makanan bagi meringankan beban mereka. Beliau turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM yang dilawati yang tidak dapat hadir dalam majlis penganugerahan sebelum ini kerana masalah kesihatan.
Program diakhiri dengan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu bagi Veteran ATM iaitu Puan Bedah binti Din dan Encik Mohd Rozlan bin Abdul Wahid. Kedua-dua penerima ini adalah di antara penerima manfaat di bawah Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM yang diusahakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. Melalui inisiatif ini, pihak JHEV ATM akan membiayai kos pembinaan setiap unit rumah baharu iaitu sebanyak RM55,000 manakala Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memberi subsidi di bawah skim mereka sebanyak RM20,000.
"Veteran ATM digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan JHEV ATM serta persatuan tempatan masing-masing. Ini penting bagi memastikan semua Skim Bantuan yang disediakan oleh JHEV ATM dapat disalurkan secara teratur dan berkesan kepada veteran yang layak," ujar YB Adly Zahari semasa sidang media berlangsung.
Dalam majlis ringkas yang berasingan juga turut diadakan sesi penyampaian lebihan Wang Takaful Bank Muamalat kepada lima orang penerima dalam kalangan Veteran ATM. Majlis telah disempurnakan bersama oleh Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Program Jiwa Murni yang diadakan selama tiga hari di Alor Gajah, Melaka yang merangkumi program PIKAT, Pembaikan Rumah oleh RAJD serta Program Motivasi Pelajar adalah selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021 โ€“ 2025 yang bertujuan memantapkan kolaborasi tentera โ€“ awam (CIMIC) seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan ATM selain penglibatan menyeluruh masyarakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.
Manakala, Program Veteran Desa Madani (PVDM) pula diadakan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pertahanan yang sentiasa โ€˜Responsif,
Prihatin dan Komitedโ€™ dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan veteran, Teras 3 Pelan Strategik Kementerian selain memenuhi pembangunan dasar Malaysia Madani (Teras Ihsan).
Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM sekitar Melaka.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฉ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) YBhg. Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah melakukan lawatan ke Wisma Pahlawan dekat sini hari ini.
Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Presiden Persatuan Veteren ATM (PVATM) YBhg. Kapten Datuk Sharuddin bin Haji Omar (Bersara), Timbalan Presiden PVATM Brig. Jen. Datuk Bustaman bin Haji Mat Zin (B) dan 6 orang Ahli Exco PVATM.
Lawatan ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dan komunikasi antara JHEV ATM dan PVATM selain memberikan ruang bagi veteran untuk menyampaikan pandangan dan harapan mereka sekaligus menunjukkan komitmen jabatan terhadap kesejahteraan veteran ATM.
Semasa lawatan Ketua Pengarah JHEV ATM diberikan taklimat ringkas berkaitan Persatuan Veteran ATM (PVATM) dan Lembaga Pemegang Amanah Wisma Pahlawan Berhad (LPAWPB). Dalam pada itu, sesi soal jawab mengenai Belanjawan 2025 turut menjadi agenda diskusi kedua-dua pihak, memberikan panduan yang jelas mengenai peruntukan yang akan memanfaatkan veteran ATM amnya.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian dan pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐—  (๐—ฃ๐—จ๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—”๐—ง๐— )๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM 2024 (PUVET ATM 2024) yang dilaksanakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Kerjaya Dan Sosio Ekonomi (BKS) dan anggota JHEV ATM Cawangan Kelantan/Terengganu yang menyertai program ini dengan menyediakan kemudahan Kaunter Bergerak JHEV ATM untuk menyantuni para Veteran ATM yang hadir.
Program PUVET 2024 ini dianjurkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang Veteran ATM. Penganjuran PUVET 2024 menjadi pemangkin kepada sasaran Kementerian Pertahanan untuk mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan serta bimbingan keusahawanan kepada sasaran 200 Usahawan Veteran ATM.
Dalam program ini, YB Timbalan Mnteri Pertahanan telah menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM 70,000.00 kepada 14 usahawan Veteran ATM di sekitar Negeri Terengganu.
Sehingga kini seramai 161 usahawan Veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00. YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah mengadakan sesi perkongsian pengalaman beliau sebagai usahawan serta cadangan model perniagaan baharu yang boleh diketengahkan kepada Veteran ATM yang hadir ke PUVET 2024 hari ini tadi.
PUVET ATM 2024 masih berbaki dua siri yang akan dilaksanakan di dua negeri iaitu pada 27 Oktober 2024 di Kedah dan 19 November 2024 di Negeri Sembilan.
Majlis ini juga menyaksikan sesi menandatangani MOU antara PERHEBAT dengan MardiCorp bagi membuka jaringan kerjasama untuk latihan, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi untuk bakal pesara dan Veteran ATM.
Dalam pada itu, YBhg. Datoโ€™ KP JHEV ATM turut bersama-sama dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan menyertai lawatan ke GMPeladang Sdn. Bhd. iaitu syarikat yg bekerjasama dengan MardiCorp bagi latihan yang bakal dilaksanakan untuk Veteran ATM di Terengganu.

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฉ๐—”๐—ง๐—  ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— 

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ, ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, di Ibu pejabat JHEV ATM hari ini. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa isu-isu semasa berkaitan kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta memperkukuhkan kerjasama antara PVATM Wilayah Persekutuan dan JHEV ATM dalam menjaga kesejahteraan veteran.
Dalam kunjungan tersebut, beberapa isu utama telah diketengahkan oleh wakil PVATM Wilayah Persekutuan, antaranya berkaitan Pingat Jasa Malaysia (PJM), keperluan dalam mempercepatkan proses pemberian pingat tersebut kepada veteran yang layak tetapi masih belum menerima pengiktirafan, bantuan keperluan harian seperti pampers one-off, Kempen Tabung Pahlawan, kuota menunaikan ibadah haji bagi Veteran ATM, perkembangan semasa isu pelarasan pencen, serta isu panel pengiktirafan untuk veteran dengan cadangan agar lebih banyak veteran yang layak diiktiraf atas sumbangan dan pengorbanan mereka.
Hadir sama bagi kunjungan hormat ini adalah Brig Jen (B) Datoโ€™ Pahlawan Shamsudin bin Abbas, Yang DiPertua Persatuan Veteran ATM Cawangan Wilayah Persekutuan serta wakil-wakil PVATM Cawangan Wilayah Persekutuan.

๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—Ÿ, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”, ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan Program Santuni MADANI di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka, hari ini. Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil telah dipilih sebagai kampung Santuni MADANI, satu lagi inisiatif terkini Kerajaan Madani dalam usaha untuk meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan dan libat urus secara langsung antara pemimpin dan masyarakat.
Menepati objektif program ini, YB Timbalan Menteri telah melaksanakan Hari Bertemu Rakyat di Kampung Bukit Bayan, memberi ruang dan peluang kepada masyarakat setempat untuk menyampaikan pelbagai perkara. Program Santuni MADANI telah mendapat kerjasama daripada semua peringkat agensi kerajaan setempat dan persekutuan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), komuniti belia serta para pemimpin dalam kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi mencari solusi kepada permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk tempatan.
Pengisian Program Santuni MADANI turut memuatkan Pameran kesihatan dan pemeriksaan gigi daripada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM (BPK), Kaunter Perkhidmatan Veteran ATM oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan pelbagai kaunter perkhidmatan awam seperti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Pejabat Daerah Tanah Melaka Tengah. Semasa program berlangsung, Timbalan Menteri Pertahanan juga telah menyampaikan lesen percuma kepada 50 orang terpilih serta 200 Bakul Rahmah kepada penduduk kampung dan kariah Masjid Raudhatul Jannah.
Dalam pada itu, semasa berlangsungnya program Santuni MADANI, YB Adly telah menyertai Program Jiwa Murni bersama masyarakat kampung dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid yang dianjurkan oleh Rejimen 514 Askar Wataniah di bawah pimpinan Brigedier Jeneral Datuk Yusof bin Jantan.
Program sebegini adalah penting dalam mencapai pertahanan menyeluruh, yang mana pengisiannya membuka ruang kepada masyarakat umum untuk mengenali Angkatan Tentera Malaysia dengan lebih dekat selain kolaborasi bersama agensi kerajaan setempat. Program selama dua hari di Bukit Katil turut memuatkan Program Veteran Desa Madani (VDM), yang memberikan peluang kepada Timbalan Menteri Pertahanan untuk menyantuni dan beramah mesra bersama dengan 2 orang Veteran ATM di kawasan
berhampiran. Tekad ini adalah sebagai menghargai perjuangan warga Veteran ATM yang meluangkan masa sihat mereka untuk mempertahankan negara. Mengguna peluang yang ada, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyumbangkan barang keperluan makanan dan peralatan kesihatan serta mengenal pasti keperluan lain bagi membantu veteran.
Program VDM adalah merupakan salah satu inisiatif daripada keseluruhan Program Peduli Veteran Madani (PVM) yang telah diperkenalkan oleh kementerian pada bulan Mac 2023 bagi menampilkan pengisian yang lebih mesra dengan veteran dan keluarga termasuk masyarakat setempat. Program VDM telah bermula sejak Julai 2024 meliputi Daerah Machang, Gua Musang dan Rantau Panjang. Program ini juga telah berjaya mengenal pasti veteran ATM yang memerlukan bantuan dengan lebih tepat dan cepat, khusus kepada golongan veteran asnaf dan di bawah kategori B40 yang memerlukan bantuan dalam salah satu di antara 5 aspek PVM iaitu Kebajikan, Kesihatan, Perumahan, Pendidikan dan Pemerkasaan (empowerment).
Sejak awal pelaksanaan, program ini telah menunjukkan penerimaan positif dari ahli veteran yang berdaftar dengan JHEV juga berdasarkan maklum balas yang diterima oleh Kementerian Pertahanan semasa program berlangsung. Program VDM juga dilihat berjaya berfungsi sebagai platform kolaborasi antara kementerian dan kerajaan negeri dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kebajikan kepada veteran-veteran terpilih secara khusus dan masyarakat setempat secara amnya.
Melalui inisiatif ini, Timbalan Menteri Pertahanan berupaya menzahirkan aspirasi kerajaan yang sentiasa โ€˜Responsif, Prihatin dan Komitedโ€™ dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan veteran ATM yang menjadi salah satu teras utama dalam Pelan Strategik Kementerian Pertahanan. Perkara ini juga adalah selari dengan pembangunan dasar Malaysia Madani (Teras Ihsan) untuk kementerian terus berusaha mengenalpasti sebarang peluang yang boleh memanfaatkan veteran dan tanggungan demi memperkasakan agenda kebajikan veteran ATM.
Hadir sama semasa majlis berlangsung adalah Ketua Pengarah JHEV ATM Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Datuk Bandar MBMB Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Yang Di Pertua MPHTJ Datin Hajah Sapiah binti Haron, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta wakil persatuan-persatuan veteran ATM sekitar Bukit Katil, Melaka

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ (๐—ฉ๐——๐— ) ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”

๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—Ÿ, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan YB Adly bin Zahari, melakukan kunjungan dalam Program Veteran Desa Madani bertempat di Bukit Katil, Melaka dekat sini hari ini.
Program ini dimulakan dengan sesi YB Adly bertemu serta menyantuni dua Veteran ATM dan keluarganya.
Lans Korperal Nekmat bin Jantan telah berkhidmat dalam ATM lebih dari 13 tahun. Kor/Pasukan terakhir beliau ialah di 3 RAMD. Beliau sekarang diuji terlantar sakit akibat strok.
Manakala Sarjan Udara Ashari Bin Haji Ahmad pula telah berkhidmat dalam ATM selama 20 Tahun 8 bulan. Kor/Pasukan terakhir beliau ialah di TUDM Subang. Beliau menghidap diabetis, darah tinggi dan beberapa sakit kronik yang lain.
Selain bertanya khabar, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut berbesar hati menyerahkan sumbangan Bakul Makanan dan bantuan kebajikan berupa barang keperluan harian rumah seperti makanan dan lampin pakai buang kepada setiap veteran yang diziarahi.
YB Adly juga turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM yang dilawati yang tidak dapat hadir dalam majlis penganugerahan sebelum ini kerana masalah kesihatan.
VDM diadakan untuk menyantuni keluarga Veteran ATM yang terpilih khusus kepada golongan veteran asnaf dan dibawah kategori B40 yang memerlukan bantuan dalam salah satu 5 aspek PPV iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan (empowerment).
VDM berfungsi sebagai platform kolaborasi antara Kementerian dan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kebajikan kepada veteran-veteran yang terpilih secara khusus dan masyarakat setempat di kampung terpilih.
Selain daripada itu, VDM selaras dengan pembangunan dasar Malaysia Madani (Teras Kesejateraan dan Insan) untuk Kementerian terus berusaha mengenalpasti sebarang peluang yang boleh memanfaatkan veteran dan tanggungan demi memperkasakan agenda kebajikan veteran.
Mendokong Teras ke-6 Dasar Madani iaitu โ€™Ihsanโ€™, Kerajaan komited meningkatkan peruntukan JHEV ATM dari RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun 2024. Peningkatan yang begitu ketara ini mampu memberi manfaat yang lebih luas kepada Veteran ATM.
Lawatan Veteran Desa Madani (VDM) kali ini turut diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
โ€œVeteran ATM disaran untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi dengan JHEV ATM serta persatuan-persatuan di lokaliti masing-masing bagi memastikan semua Skim Bantuan yang disediakan oleh JHEV ATM seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam dapat disalurkan kepada Veteran ATM yang berkelayakan secara teratur dan efektif,โ€ beliau berkata demikian semasa di temui selepas melakukan kunjungan tersebut.
Turut hadir dalam lawatan VDM tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM sekitar Melaka.

Bilangan Pelawat

3418361
Hari Ini: 528
Jumlah Pelawat: 3,418,361

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabatย  Cawangan


Hakcipta 2024 ยฉ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM