Skip to main content
Berita

๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ž-๐Ÿ—๐Ÿ– (๐๐€๐-๐Ÿ—๐Ÿ–) ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐“๐Œ

๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-98 (PAN-98) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Grand Barakah, Ampang, Selangor. Perhimpunan tahunan ini menjadi platform utama bagi veteran ATM untuk berbincang dan membentangkan isu-isu yang relevan terhadap kebajikan serta kesejahteraan komuniti veteran di seluruh negara.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM). Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya memperkukuhkan kebajikan veteran ATM serta mengumumkan beberapa inisiatif baharu yang dijangka membawa manfaat besar kepada komuniti veteran.
Beliau berkata, di antara inisiatif utama yang akan di laksanakan dalam tempoh terdekat ini adalah pelancaran Kad Veteran Digital yang di jadualkan pelancaran secara rasminya pada 24 September 2024 nanti. Kad ini akan menggantikan kad fizikal sedia ada, antara lain nya berfungsi memberi akses yang lebih mudah dan pantas kepada perkhidmatan pendaftaran untuk kemudahan dan faedah yang disediakan oleh JHEV ATM.
Penggunaan Kad Veteran Digital ini juga adalah alternatif kepada Kad Veteran Fizikal sedia ada yang masih boleh digunapakai buat masa ini, tambah beliau lagi.
Pada perhimpunan ini, para perwakilan veteran dari seluruh negara turut membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh kebajikan golongan veteran. Perkara yang mendapat perhatian adalah cadangan untuk memperluas dan menambah jumlah peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH), meningkatkan Inisiatif Bantuan Perumahan meliputi pembinaan baharu serta baik pulih, Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) serta memperbaiki kemudahan rawatan perubatan untuk veteran yang uzur atau menghidap penyakit kronik.
โ€œSokongan terhadap Kempen Tabung Pahlawan turut menjadi tumpuan utama topik penting dalam perhimpunan kali ini, dengan kempen pengumpulan dana terbaru giat dilakukan kini bagi sesi 2024/2025 yang akan dilancarkan serentak dengan pelancaran Kad Veteran Digital. Diharapkan dana yang lebih besar dapat dikumpul bagi menyokong usaha menjaga kebajikan para veteran ATM,โ€ ujar Datoโ€™ Haji Semaon semasa ucapan perasmian tersebut.
Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada para veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara. Beliau menekankan bahawa JHEV ATM akan terus senantiasa komited untuk terus menjaga kebajikan mereka, dan menyeru kerjasama dari semua pihak, termasuk lah sektor korporat memberi bantuan sama ada dalam aspek kebajikan mahupun perkhidmatan dalam memastikan agenda hala tuju veteran ATM terus terbela.
Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara ke-98 kali ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama perwakilan dan tetamu kehormat, diikuti dengan majlis makan malam.
Turut hadir ialah Presiden Persatuan Veteren ATM (PVATM) merangkap Timbalan Presiden VECONAC Kapt. Datuk Sharuddin bin Haji Omar dan tetamu-tetamu kehormat yang lain dalam persidangan PAN-98.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐ƒ๐„๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐๐•๐€๐“๐Œ)

KUALA LUMPUR, 11 September 2024 โ€“ Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) Kapt. (B) Datuk Sharuddin bin Haji Omar.
Kunjungan hormat ini bersempena dengan pelantikan Mej. Jen. Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu. Di dalam sesi kunjungan hormat tersebut beberapa perkara turut dibincangkan antaranya hala tuju PVATM dan kebajikan warga veteran.
Turut sama dalam sesi kunjungan hormat ini, Setiausaha PVATM, Lt. Kol. (B) Tajul Ariffin Chu Johari dan Ketua Penerangan PVATM, Brig. Jen. (B) Datuk Mohd. Bustaman bin Mat Zin.

VETERAN ATM DISANTUNI

TAWAU, 10 September 2024 โ€“ Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari dalam siri lawatan beliau ke Sabah bermula 8 hingga 10 September 2024 bagi Program Peduli Veteran Madani (PVM) di sekitar Tawau dekat sini hari ini.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyantuni seramai 11 orang Veteran ATM di kalangan mereka yang uzur, sakit kronik, balu, anak-anak OKU dan usahawan.
YB Adly juga turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM yang dilawati yang tidak dapat hadir dalam majlis penganugerahan sebelum ini kerana masalah kesihatan.
โ€œInisiatif PVM bertindak bagi memastikan veteran tidak hanya dihargai secara simbolik, tetapi juga diberikan sokongan praktikal untuk meningkatkan kualiti hidup merekaโ€.
โ€œSumbangan ini adalah tanda penghargaan kami kepada para Veteran ATM yang telah berkorban untuk negara. Kami berkomitmen untuk memastikan mereka menerima sokongan dan bantuan yang sewajarnya sebagai menghargai jasaโ€, ujar YB Adly semasa sidang media.
Mendokong Teras ke-6 Dasar Madani iaitu โ€™Ihsanโ€™, Kerajaan komited meningkatkan peruntukan JHEV ATM dari RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun 2024.
Peningkatan yang begitu ketara ini mampu memberi manfaat yang lebih luas kepada Veteran ATM. Justeru, veteran ATM disaran untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi dengan JHEV ATM serta persatuan-persatuan di lokaliti masing- masing bagi memastikan semua Skim Bantuan yang disediakan oleh JHEV ATM seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam dapat disalurkan kepada veteran ATM yang berkelayakan secara teratur dan efektif.
Pada tahun ini, kerajaan juga telah meningkatkan peruntukan Bayaran Sara Hidup sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM54 juta kepada RM174 Juta.
Sehingga 30 Jun 2024, seramai 29,331 veteran ATM telah menerima faedah ini
melibatkan perbelanjaan hampir RM56 juta.
Inisiatif PVM bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara
Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.
PVM akan terus menjadi platform kementerian untuk menyampaikan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada Veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan untuk memperkasakan sosioekonomi mereka.
Lawatan Peduli Veteran Madani (PVM) kali ini turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Penolong Pengarah JHEV ATM Sabah, Kapten Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, anggota dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Tawau dan wakil-wakil persatuan sekitar Tawau.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENYANTUNI VETERAN ATM DALAM PROGRAM PEDULI VETEREN MA DANI (PVM) DI SABAH.

SEMPORNA, 9 September 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melawat serta menyantuni seramai 12 Veteran ATM di kalangan mereka yang sakit kronik, balu, anak OKU dan usahawan.
Selain bertanya khabar, YB Adly turut berbesar hati memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada setiap veteran yang diziarahi sekitar Semporna.
Program ini merupakan salah satu fokus kerajaan Madani di kelolakan Kementerian Pertahanan dalam usaha menjaga kebajikan setiap Veteran ATM.
Melalui inisiatif ini, impak positif berjaya direalisasikan apabila kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM terus terbela sama ada melalui bantuan isi rumah mahupun dari sektor sosio ekonomi sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan negara suatu ketika dahulu.
Terdapat juga dikalangan Veteren ATM yang di ziarahi adalah merupakan usahawan dari pelbagai bidang seperti membekal gas memasak di rumah serta pengusaha taman rekreasi.
Lawatan Peduli Veteran Madani (PVM) kali ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Penolong Pengarah JHEV ATM Sabah, Kapten Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, anggota dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Semporna dan wakil-wakil persatuan.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MEMBUAT LAWATAN KEBAJIKAN & MENZIARAHI KELUARGA ALLAHYARHAM LASKAR KELAS (LK) I PLM ARMAN SAN HERMANSA YANG MAUT KETIKA MEMBUAT SELAMAN DALAM OPERASI S ALVAJ KD PENDEKAR

๐—Ÿ๐—”๐—›๐—”๐—— ๐——๐—”๐—ง๐—จ, ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menziarahi isteri dan keluarga mangsa Operasi Salvaj KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi, Johor.
Dalam lawatan tersebut, YB Adly Zahari menzahirkan rasa simpati dan turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai bagi menyatakan ucapan takziah kepada waris mangsa sebagai Balu, Kerajaan akan membantu meringankan beban keluarga beliau melalui skim-skim bantuan di bawah JHEV ATM dan Yayasan Veteran ATM
โ€œTerima kasih atas kunjungan ini. Kehadiran kalian membawa kembali kenangan dan semangat yang telah lama kami simpan dalam hatiโ€.
Ini lah yang di ucapkan oleh balu kepada bekas anggota TLDM semasa kunjungan ziarah yang di lakukan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari.
Hadir sama semasa lawatan tersebut ialah Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Dr. Tay Yap Leong, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (B) dan pegawai-pegawai JHEV Sabah.

Kebajikan Veteran ATM terus diperkasa melalui Program Peduli Veteran Madani

JOHOR BAHRU, 5 September 2024 โ€“ Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menyantuni veteren di Program Peduli Veteran Madani (PVM) signifikan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Veteran ATM kawasan Mersing, dekat sini hari ini.
Sepanjang program yang bermula dari 4 hingga 6 September 2024 itu, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni 12 orang veteran ATM yang sedang uzur dan sakit kronik.
Daripada jumlah tersebut, dua orang veteran adalah dari kategori veteran usahawan di mana masing-masing mengusahakan perniagaan kedai makan dan kedai memproses ayam segar. Selain bertanya khabar, Timbalan Menteri Pertahanan YB Adly Zahari turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti makanan, susu kesihatan, lampin pakai buang kepada setiap veteran yang diziarahi.
Dalam pada itu, sebanyak 300 Bakul Rahmah telah diagihkan kepada persatuan-persatuan veteran setempat untuk diberikan kepada veteran asnaf.
Program PVM Mersing pada kali ini turut diiringi Panglima 21 GGK; Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab; Pegawai Staf 1 Sekretariat JHEV; Leftenan Kolonel Nor Azimi bin Idris, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Johor; Mejar Johadi bin Jemaat, serta Wakil JKM , Wakil PERHEBAT dan Wakil persatuan-persatuan veteran ATM Daerah Mersing.
Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM sentiasa cakna akan keperluan Veteran ATM yang melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi Veteran ATM.

Serah Terima Tugas Ketua Pengarah JHEV ATM

KUALA LUMPUR, 2 September 2024โ€“ Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah dilaksanakan di Bilik Tetamu, Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan pada hari ini.
Majlis telah dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang dilaksanakan di antara Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus yang telah menyerahkan tugas sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM kepada Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Acara Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.
Serah Terima Tugas ini dilaksanakan berikutan Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus akan berkhidmat sebagai Ketua Staf AM di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak.
Seluruh warga JHEV ATM merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus di atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki yang telah diamanahkan dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang baharu.

LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI REPUBLIK NEGARA CHINA KE JHEV ATM

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 โ€“ T.Y.T Ma Feixiong, Timbalan Menteri Hal Ehwal Veteran Republik Rakyat China mengetuai Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dekat sini hari ini. Delegasi Republik Rakyat China tersebut telah disambut oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM sebaik saja tiba di Ibu Pejabat JHEV, Menara TH Perdana.
Lawatan tersebut juga adalah bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China berikutan penandatanganan Kenyataan Bersama oleh Tun Abdul Razak dan TYT Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Semasa lawatan, delegasi ini telah melihat sendiri tadbir urus operasi Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) yang diwujudkan oleh JHEV ATM bagi memudahkan Veteran ATM dan orang tanggungan berurusan dengan jabatan.
Dalam pada itu, delegasi ini juga telah diberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan peranan JHEV ATM dalam menjaga kebajikan Veteran ATM di Malaysia oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM.
Hadir sama mengiringi lawatan kali ini ialah Dr. Syed Mohamad Syakir bin Syed Omar, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan, Encik Nor Darna Yanto bin Saaidin, Penolong Pengarah Bahagian Dasar JHEV ATM dan pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.

PENYERAHAN KUNCI RUMAH, INISIATIF PERUMAHAN VETERAN ATM NEGERI TERENGGANU

Besut, 25 Ogos 2024 - Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM bagi peringkat Negeri Terengganu.
Menerusi Program Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dengan jayanya melaksanakan majlis penyerahan kunci โ€˜Rumah Bina Baharuโ€™ kepada Puan Yuslina Binti Haji Yusof merupakan Balu Veteran ATM (Allahyarham Ramli Bin Yasin).
Beliau adalah Balu kepada Veteran ATM dan bertuah kerana terpilih menyertai Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM. Projek yang bermula pada bulan Mei dan Jun 2023 ini dibina sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di atas tanah milik Veteran sendiri di Besut, Terengganu.
Sehingga 16 Ogos 2024, sebanyak 49 permohonan bina baharu dan 155 permohonan baik pulih telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM4.73 juta. Kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM terbuka kepada Veteran ATM atau balu yang mana pendapatan isi rumah di bawah jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA OLEH YANG BERBAHAGIA LAKSAMANA MADYA DATO' TS SH AMSUDDIN BIN HAJI LUDIN, PANGLIMA ARMADA BARAT

๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ผ๐—ต, 16 Ogos 24 - Panglima Armada Barat telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM bertempat di Dewan Jubli Perak, Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh. Seramai 419 orang Veteran telah menerima Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato' Ts Shamsuddin bin Haji Ludin, Panglima Armada Barat yang telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan ini dan tahniah kepada semua penerima Pingat Jasa Malaysia.

Bilangan Pelawat

3146906
Hari Ini: 125
Jumlah Pelawat: 3,146,906

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabatย  Cawangan


Hakcipta 2024 ยฉ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM