Skip to main content

faq

Soalan Lazim

hubungi

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan

peta

Peta Laman

Berita

SERAMAI 1,090 VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DIANUGERAHKAN PINGAT JASA MALAYSIA

Sendayan, 4 Julai 2024 – Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM Timbalan Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 1,090 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Dewan Banquet, Wisma Perwira Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.
Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, lebih daripada 40,000 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Pengurniaan PJM ini adalah refleksi terhadap suatu pengorbanan yang amat besar, yang diiktiraf oleh rakyat dan negara dalam menggalas tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan penuh taat setia.
Antara Veteran yang menerima PJM pada hari ini ialah Yang Berhormat PW 2 Abdul Fatah Bin Zakaria (B) Ahli Dewan Undangan Negeri bahagian Bagan Pinang, Port Dickson.
Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima PJM pada hari ini. Pengorbanan Veteran ATM suatu ketika dahulu demi mendapatkan keamanan yang dinikmati sekarang adalah sumbangan yang tidak ternilai dan akan dikenang sepanjang masa. Kementerian Pertahanan dibawah kepimpinan Yang Berhormat YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin sentiasa prihatin dengan nasib dan kebajikan Veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan Veteran ATM telah menjadi salah satu fokus utama dalam kementerian ini. Sehubungan itu, Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus selaku Ketua Pengarah JHEV ATM akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan, keusahawanan dan perumahan sedia ada serta terus menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan Veteran ATM. Teruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan Veteran ATM khususnya kepada veteran yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Penganugerahan ini merupakan kurniaan atas sikap keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara. Sesuai dengan tarafnya sebagai "campaign medal" yang berlandaskan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi semasa darurat dahulu, PJM telah dimartabatkan sebagai pingat yang lebih kanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).
Masyarakat perlu menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara ini sehingga negara dapat mengecapi keamanan yang dinikmati pada hari ini. Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JHEV ATM dibawah tampuk kepimpinan Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan PJM pada hari ini.

PERTANDINGAN PANCING AMAL KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 202

Pantai Kelanang, 29 Jun 2024 – Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Encik Sophian Isswandy bin Ismail mewakili Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah merasmikan Pertandingan Pancing Amal 2024 sempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) bertempat di Pantai Kelanang, Banting Selangor. Pertandingan ini merupakan salah satu fokus JHEV ATM dalam melaksanakan program riadah sambil beramal sebagai platform kutipan Kempen Tabung Pahlawan.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama D’Vet Holding Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Veteran ATM (YVATM). Penaja bersama bagi menjayakan pertandingan ini terdiri daripada 15 syarikat korporat iaitu Affin Bank, Bank Muamalat, RHB Bank, TP Care Sdn Bhd, Davita Sdn Bhd, D’Vet Holding Sdn Bhd, Koperasi Tentera, Rasumi Medipharma Sdn Bhd, Pernama, Sinar Haemodialysis Sdn Bhd, Digital Timur Sdn Bhd, TCE Tackles Sdn Bhd, All ID Asia Sdn Bhd, MBI Selangor dan Medinique Sdn Bhd.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang hangat dengan penyertaan sebanyak 386 peserta. Hasil sumbangan dan kutipan pertandingan ini akan dibelanjakan secara berhemah dan telus. Manfaat sumbangan Tabung Pahlawan hanya akan disalurkan untuk tujuan bantuan kebajikan kepada Veteran dan ahli keluarga secara menyeluruh.
Tahniah kepada para pemenang pertandingan Pancing Amal Kempen Tabung Pahlawan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua petugas yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

𝐆𝐎𝐋𝐅 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐂𝐕𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Rawang, 22 Jun 2024 - Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM telah menghadiri Kejohanan Golf Amal sempena Kempen Tabung Pahlawan anjuran Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association (MACVA) bertempat di Tasik Puteri Golf & Country Club.
Kejohanan ini adalah yang julung-julung kali diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu Veteran ATM dan keluarga mereka yang memerlukan.
JHEV ATM merakamkan jutaan terima kasih dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MACVA dan para peserta kejohanan di atas program yang dijalankan sempena Kempen Tabung Pahlawan dan berharap program seperti ini dapat diadakan secara berterusan agar Kempen Tabung Pahlawan mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Adalah diharapkan usaha murni ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya disamping mengalakkan lebih ramai lagi syarikat-syarikat korporat untuk tampil memberikan sumbangan pada masa hadapan.

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐘 𝐇𝐄𝐑𝐎𝐄𝐒 𝐕𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐄 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌

Sejajar dengan objektif penubuhan JHEV ATM iaitu membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM, satu lagi program telah diwujudkan khusus bagi Veteran ATM.
Ketua Pengarah JHEV ATM mewakili YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah melancarkan program “𝑴𝒚 𝑯𝒆𝒓𝒐𝒆𝒔 𝑽𝒆𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒄𝒉𝒊𝒏𝒆” yang diinspirasikan daripada program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertempat di KD Sri Gombak.
Program ini diperkenalkan melalui Koperasi Saudagar Veteran Berhad (KOSAVET) yang dianggotai oleh Veteran ATM dan beroperasi di seluruh Malaysia. Objektif utama program “My Heroes Vending Machine” adalah memberi peluang kepada Veteran ATM menambah sumber pendapatan (selain pencen dan pekerjaan semasa) agar mereka dapat keluar dari golongan B40 atau miskin bandar.
JHEV ATM sentiasa cakna bukan sahaja dari aspek kebajikan Veteran ATM malahan juga sentiasa berusaha mewujudkan inisiatif-inisiatif baru bagi menambahbaik taraf sosioekonomi mereka.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐄𝐋𝐌𝐘 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐓𝐇𝐍𝐀𝐈𝐍, 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Lumut, 12 Jun 2024 - Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Bin Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Laut Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM bertempat di Auditorium M. Sidek Shabudin KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kali ini telah dilaksanakan sebanyak dua sesi iaitu pagi dan petang kepada 1024 orang Veteran yang telah menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Bin Ithnain yang telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan ini dan tahniah kepada semua penerima Pingat Jasa Malaysia.

𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

YB Adly Zahari hari ini telah melaksanakan Peduli Veteran Madani (PVM) di sekitar Cameron Highland menerusi program ini ialah peringkat Negeri Pahang. Program anjuran Kementerian Pertahanan bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) ini adalah merupakan salah satu fokus MADANI Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dan memastikan agenda kebajikan keluarga Veteran ATM sentiasa diutamakan.
Seramai 5 Veteran ATM, Veteran ATM telah dilawati antaranya ialah Encik Saime Bin Abdul Aziz yang menghidap penyakit kencing manis katarak & kedua-dua kaki bengkak. Encik Nasir Bin Abdullah menghidapi kanser usus. Encik Mohd Fauzi Bin Yahya yang mengalami sakit tulang belakang (patah tulang belakang). Encik Rosman Bin Mamak, anaknya yang menghidapi sakit kronik iaitu injap jantung dan paru-paru bermasalah, saluran pernafasan sempit serta Down Syndrome. Manakala Encik Alias Bin Busu Panjang veteran yang sakit tua - uzur.
Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif Peduli Veteran Madani dalam usaha memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM agar terus terbela sejajar dengan jasa dan pengorbanan oleh Veteran ATM dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara. Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Peduli Veteran Madani melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.
Program lawatan ini turut diiringi Ketua Pengarah JHEV ATM; Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Pahang; Mej Khairul Ashinar bin Azid @ Aziz TUDM serta wakil persatuan-persatuan veteran ATM sekitar Pahang.

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan hari ini telah melaksanakan Peduli Veteran Madani (PVM) disekitar Tuaran. Program ini merupakan salah satu fokus madani Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan.
Seramai 4 Veteran ATM dan 1 Usahawan Veteran ATM telah dilawati antaranya ialah Encik Yas bin Simban, Encik Awang Diata bin Ismail dan Encik Keh bin Utoh yang semakin uzur manakala Encik Muhammad Saifur Rahim bin Mohamed Ajmal yang merupakan Veteran OKU, serta Encik Awil bin Kamsari Veteran Usahawan dalam bidang Training Centre.
Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif Peduli Veteran Madani dalam usaha memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM agar terus terbela sejajar dengan jasa dan pengorbanan oleh Veteran ATM dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara. Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Peduli Veteran Madani melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.
Program lawatan ini turut diiringi oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Alfiz bin Muhamad, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat dan ahli Persatuan Veteran ATM daerah Tuaran.

Bilangan Pelawat

3234650
Hari Ini: 1,538
Jumlah Pelawat: 3,234,650

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabat  Cawangan


Hakcipta 2024 © Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM