Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

๐Š๐ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐“๐”๐€๐ˆ ๐‘๐Ž๐Œ๐๐Ž๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah melakukan kunjungan serta menyantuni seramai 10 orang veteran ATM di sekitar daerah Merlimau dan Jasin.
Program Cakna Veteran ATM ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh JHEV ATM melalui pendekatan aktiviti lawatan ziarah kasih ke kediaman veteran ATM dan menyantuni keluarga nya di samping menyampaikan bantuan kebajikan dalam usaha bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup para veteran ATM sentiasa terjaga.
Lawatan ini melibatkan veteran ATM terutama bagi mereka yang memerlukan bantuan keperluan harian, sakit dan uzur. Sumbangan seperti bantuan sara hidup, peralatan perubatan, turut disampaikan.
Selain daripada itu, penglibatan pelbagai komuniti serta NGO dalam mengambil bahagian memberikan sumbangan adalah bagi mewujudkan satu platform untuk masyarakat dan pihak berkuasa tempatan menzahirkan penghargaan kepada para veteran atas sumbangan dan pengorbanan mereka kepada negara.
Turut hadir semasa program tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka, Mej. Muhammad Zarifi bin Haji Tumin dan disertai beberapa pegawai serta wakil-wakil persatuan setempat.

๐—•๐—›๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—›๐—จ๐—ง ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—ฆ๐—ฅ โ€œ๐——๐—œ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›-๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—กโ€ ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”.

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›, ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, menyertai pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) BHPetrol โ€œDiCelah-Celah Kehidupanโ€ (DCCK) yang berlangsung di Alor Gajah, Melaka hari ini. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Entiti Korporat BHPetrol untuk menyantuni golongan Veteran ATM tidak berpencen yang kurang bernasib baik, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada negara.
Usahasama ini mencerminkan komitmen BHPetrol dalam memainkan peranan sosial mereka melalui platform seperti DiCelah-Celah Kehidupan (DCCK), yang telah lama menjadi medium untuk membantu masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan. Melalui inisiatif ini juga, BHPetrol berharap dapat meringankan beban para Veteran ATM dan memberikan mereka bantuan yang sewajarnya.
Kesudian YB Timbalan Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah JHEV ATM untuk meluangkan masa bersama para veteran dalam sesi tersebut menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi signifikan sebagai satu langkah yang mengukuhkan lagi hubungan antara sektor korporat, kerajaan, dan para pejuang negara amnya Veteran ATM.
Program DiCelah-Celah Kehidupan yang telah bersiaran selama 15 tahun di RTM, akan kembali ke kaca televisyen sempena bulan Ramadan tahun 2025, disiarkan di RTM TV1. Program ini terus memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan menyebarkan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ahli Lembaga Pengarah BHPetrol, Jen. Tan Sri Datoโ€™ Sri Zulkiple bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily bin Ahmad dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Muhammad Zarifi bin Haji Tumin.
Terdahulu, dalam mengambil kira inspirasi perjuangan visi dan misi yang di tekankan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM bahawa perlunya mewujudkan platform secara menyeluruh dalam kalangan entiti korporat di Malaysia khususnya untuk menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik bagi membincangkan gerak kerja yang proaktif dalam usaha mengukuhkan serta berbincang mengenai halatuju bidang kerjasama pada masa hadapan di antara kedua dua belah pihak khususnya kepada Veteran ATM.

๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐˜†๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐— 

๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Pertahanan dan KESUMA, telah dimeterai dalam Majlis Pengiktirafan Kohort Pertama VETERAN MyWIRA dekat sini, hari ini.
Matlamat utama untuk memastikan kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terbela, dan merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam menangani isu yang dihadapi oleh golongan veteran, khususnya mereka yang bakal bersara.
Menurut Menteri Pertahanan, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, adalah menjadi tanggungjawab beliau dan kementerian untuk menyediakan bantuan serta halatuju kepada parajurit yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi.
โ€œSelepas meninggalkan perkhidmatan, para veteran memerlukan sokongan untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang bermakna dan sejahtera. Salah satu cabaran utama yang dikenal pasti adalah kadar pendapatan dan pencen yang rendah, dengan majoriti Veteran ATM menerima RM3,000 atau kurang. Jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.โ€
Beliau berkata demikian dalam Teks Ucapan Penghargaan yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) Mej. Jen. Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki yang mewakili beliau dalam program tersebut.
Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk program keusahawanan yang dikendalikan oleh agensi seperti PERHEBAT. Usaha ini bertujuan menyediakan peluang kerjaya dan sumber pendapatan alternatif kepada veteran. Selain itu, Program Peduli Veteran Madani (PVM) juga telah diperkenalkan, memberi tumpuan kepada kebajikan veteran di seluruh negara, ujar nya lagi.
Salah satu inisiatif penting dalam Dasar Madani adalah komitmen kerajaan untuk meningkatkan dana peruntukan bagi JHEV ATM. Peningkatan peruntukan ini adalah langkah besar yang diambil untuk memastikan lebih banyak veteran dapat menerima manfaat dari segi bantuan kewangan, sokongan kebajikan, dan peluang pembangunan kerjaya.
โ€œTeras ke-6 Dasar Madani, yang berfokuskan kepada โ€˜Ihsanโ€™, memainkan peranan penting dalam melibatkan TalentCorp dan PERHEBAT untuk membangunkan ekosistem yang membantu veteran serta bakal pesara ATM. Program latihan kemahiran, pendedahan industri, dan peluang pekerjaan berkualiti adalah antara usaha yang dijalankan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Kerjasama antara TalentCorp, PERHEBAT, dan rakan industri juga diharapkan dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada para veteran,โ€ kata beliau lagi.
Terdahulu, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia semasa merasmikan majlis tersebut turut mengumumkan syarikat-syarikat baru seperti FedEx, Western Digital, Walta COE dan Hilton Malaysia yang bakal menyertai inisiatif ini, membuka lebih banyak peluang untuk para veteran negara kita.
Beliau berkata, melalui inisiatif TalentCorp & PERHEBAT, 25 orang Veteran ATM berjaya memperoleh kerjaya kedua bersama Micron Malaysia selepas menamatkan program latihan selama tiga bulan.
Kejayaan mereka menunjukkan betapa pentingnya peluang kerjaya kedua selepas bersara bagi wira negara kita.
VETERAN MyWIRA membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah untuk veteran, tambah nya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah
Datuk Azman Bin Mohd Yusof
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),
Encik Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Timbalan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad,
Encik Thomas Mathew
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Talent Corporation Malaysia Berhad, Encik Amarjit Sandhu, Timbalan Presiden, Micron Memory Malaysia
dan Encik Ramamoorthy A/L Ganapathy Iyer, Naib Presiden, Micron Memory Malaysia
Sementara itu Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki menekankan bahawa โ€˜Program MyWIRAโ€™ akan memberi manfaat kepada lebih daripada 50,000 veteran berusia di bawah 50 tahun apabila diperluaskan kepada lebih banyak pemain industri. Ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk menyediakan peluang kerjaya kedua kepada veteran yang telah menyumbang kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Golongan veteran dijangka terus memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan ekonomi negara melalui program ini.
โ€œProgram โ€˜Veteran MyWIRAโ€™ tidak hanya menekankan aspek kebajikan, tetapi turut membuka pintu kepada peluang baru yang dapat memperkasa golongan veteran. Usaha ini adalah langkah penting dalam memastikan bahawa kebajikan veteran terus dipelihara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.
Dengan usaha bersepadu dari pihak kerajaan, agensi, dan sektor industri, Veteran ATM dijamin akan terus menerima sokongan yang mereka perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera selepas bersara daripada perkhidmatan,โ€ kata Ketua Pengarah JHEV ATM lagi.

๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah melakukan lawatan semasa aktiviti Program Cakna kepada para Veteran ATM di kawasan Daerah Barat Daya (Pulau), Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan JHEV ATM untuk mendekati serta menyantuni Veteran ATM yang telah berjasa dalam menjaga keselamatan negara selama ini.
Di antara tujuan penganjuran aktiviti Program Cakna Veteran ATM ini selain daripada lawatan ziarah kasih menemui veteran dan keluarga, sisi pengisian lain nya juga adalah untuk mewujudkan platform atas maksud memberikan peluang serta ruang kepada para veteran untuk menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pihak JHEV ATM amnya berkaitan nilai tambah keperluan bantuan dalam pelbagai aspek meliputi pembinaan dalam sektor perumahan, fasiliti kesihatan, dan sokongan psikososial.
JHEV ATM beriltizam memberikan komitmen untuk sentiasa meningkatkan lagi peranan dalam program sebegini dengan menambah baik pelan tindakan kebajikan yang lebih menyeluruh, sekaligus memastikan tiada veteran yang terpinggir.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mej Mohd Izmer bin Ghazali TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Pegawai Staf 1 Atur Turus JHEV ATM, Mej Mohammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM, Mej Mohd Gaddafi bin Akram dan wakil persatuan-persatuan Veteran ATM.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—จ๐—”๐—– ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—— ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— 

KUALA LUMPUR, 24 September 2024 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi UAC BERHAD , Lt. Jen. Datuk Hasagaya bin Abdullah (B). Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif kolaborasi antara UAC Berhad dan JHEV ATM berkaitan Program Rumah Veteran yang dirancang bagi membantu Veteran yang memerlukan tempat kediaman.
Dalam pada itu, delegasi daripada UAC Berhad juga menyatakan hasrat syarikat untuk turut serta dalam usaha murni ini. Dalam pertemuan ini juga, pihak UAC Berhad turut berkongsi kepakaran mereka dalam bidang industri pembinaan serta teknologi yang boleh digunakan untuk membina rumah-rumah ini dengan kos yang lebih efektif tanpa menjejaskan kualiti.
Pihak JHEV ATM menyambut baik cadangan ini dan memuji inisiatif UAC Berhad untuk bekerjasama dalam membantu golongan veteran yang kurang bernasib baik.
Hadir sama semasa kunjungan ialah Encik Mohd. Najib Mohd. Seth, Pengurus Besar, Pengurusan Kerajaan, Kawal Selia & Pemegang Taruh dan Encik Hafiz Mohamad, Ketua Bahagian Projek UAC.

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š, ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

KLUANG, 22 September 2024 - Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, diiringi Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM telah melaksanakan program ini dalam usaha bagi memperkasakan lagi kebajikan Veteran ATM melalui pelbagai inisiatif antaranya yang menyentuh aspek sosio ekonomi dan nilai sosial.
Dalam program tersebut, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, telah menyantuni seramai 4 orang Veteran ATM di kalangan mereka yang sakit kronik, OKU dan usahawan. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan berupa peralatan untuk pesakit, lampin pakai buang dan barangan keperluan harian untuk meringankan beban Veteran ATM dan keluarga mereka.
โ€œProgram ini adalah penting untuk menghargai jasa Veteran ATM yang telah berkorban untuk negara. Dengan memberi sokongan yang diperlukan, diharapkan Veteran ATM dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan tidak terasing dalam masyarakatโ€.
Tuntasnya, dengan perhatian serta komitmen berterusan dari pemimpin dan masyarakat sekeliling, kesejahteraan hubungan antara Veteran ATM dapat diperkukuhkan, dan mereka akan sentiasa dihargai sebagai wira negara,โ€ beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menziarahi keluarga Veteran ATM di Daerah Kluang.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Johor, Mejar Johadi bin Jemaโ€™at, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, dan wakil-wakil persatuan NGO sekitar Daerah Kluang.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ (๐—ฃ๐—ฉ๐——๐— ) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

RANTAU PANJANG, 21 September 2024 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah melaksanakan PVDM yang dihadiri oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bertempat di Dewan Sri Rantau, SK Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang, Kelantan.
Program ini dimulakan dengan sesi YB Adly bin Zahari bertemu Veteran ATM dan penyerahan Bakul Rahmah. Program pada kali ini terdapat kelainan dari yang sebelumnya kerana menyediakan khidmat Kaunter Bertemu Timbalan Menteri Pertahanan, Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kaunter Bergerak JHEV ATM.
Turut hadir Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, YBhg Brigedier Jeneral Muzamil bin Hj. Ali, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Tuan Hj. Jasri bin Kasim, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Encik Mazlan bin Yaakob, Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT), Mejar Sharulanuar bin Baharom (Bersara) dan Yang Di Pertua Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.
Program diteruskan dengan Lawatan YB Timbalan Menteri Pertahanan ke Kampung Tasik Pasir Putih, Rantau Panjang untuk melawat veteran B40, Encik Othman bin Adam dan menyerahkan bantuan berbentuk Bakul Rahmah. Seterusnya, YB Adly Zahari bergerak ke Kolam Sangkar Ikan yang telah diusahakan oleh veteran Encik Elias bin Yaakob. Dalam lawatan tersebut, YB Adly Zahari telah menyampaikan sumbangan berupa 10 Ribu Benih Anak Ikan Keli.
Beliau juga menyampaikan Sijil Penghargaan dan Plat Keusahawanan kepada Veteran ATM tersebut sebagai tanda kejayaan serta kegigihan nya dalam bidang keusahawanan.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐“๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menerima kunjungan hormat daripada Mantan Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Brigedier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail (Bersara).
Kunjungan hormat ini adalah bersempena pelantikan Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang ke-9. Semasa sesi kunjungan hormat kali ini, beberapa perkara turut dibincangkan bagi memperkasa agenda kebajikan Veteran ATM dan orang tanggungan.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat ini, Pengarah Jualan Umrah & Hajj Matta, Tuan Haji Dzulfikri bin Haji Ahmad Taufek dan Timbalan Presiden Umrah & Hajj Matta, โ Haji Mohd Azri bin Abdul Razak.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ (๐—–๐—˜๐—ข) ๐—ง๐—ก๐—•

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ibu Pejabat TNB, Menara Platinum TNB dekat sini, hari ini.
Kunjungan hormat ini merupakan platform untuk menjalinkan hubungan terhadap rakan strategik bagi membincangkan gerak kerja yang proaktif dalam usaha mengukuhkan halatuju bidang kerjasama pada masa hadapan di antara kedua dua belah pihak khususnya kepada Veteran ATM.
Hadir sama semasa kunjungan ialah Pengarah Pembangunan Perniagaan Rasumi Medipharma Abdul Rahim bin Ismail.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง, ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฌ๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama sejak mengambil alih tampuk kepimpinan JHEV ATM pada 2 September 2024 yang lalu sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang ke-9.

Total User Account

3418527
Today: 158
Total: 3,418,527

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Officeย  Branches


Copyright 2024 ยฉ Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department