Skip to main content
News

News

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗔𝗖 π—•π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗 π—žπ—˜ 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 π—π—›π—˜π—© 𝗔𝗧𝗠

KUALA LUMPUR, 24 September 2024 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi UAC BERHAD , Lt. Jen. Datuk Hasagaya bin Abdullah (B). Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif kolaborasi antara UAC Berhad dan JHEV ATM berkaitan Program Rumah Veteran yang dirancang bagi membantu Veteran yang memerlukan tempat kediaman.
Dalam pada itu, delegasi daripada UAC Berhad juga menyatakan hasrat syarikat untuk turut serta dalam usaha murni ini. Dalam pertemuan ini juga, pihak UAC Berhad turut berkongsi kepakaran mereka dalam bidang industri pembinaan serta teknologi yang boleh digunakan untuk membina rumah-rumah ini dengan kos yang lebih efektif tanpa menjejaskan kualiti.
Pihak JHEV ATM menyambut baik cadangan ini dan memuji inisiatif UAC Berhad untuk bekerjasama dalam membantu golongan veteran yang kurang bernasib baik.
Hadir sama semasa kunjungan ialah Encik Mohd. Najib Mohd. Seth, Pengurus Besar, Pengurusan Kerajaan, Kawal Selia & Pemegang Taruh dan Encik Hafiz Mohamad, Ketua Bahagian Projek UAC.

Total User Account

3146942
Today: 161
Total: 3,146,942

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head OfficeΒ  Branches


Copyright 2024 Β© Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department