Skip to main content
Berita

MAJLIS RAMAH MESRA KETUA PENGARAH JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM

Kuantan, 4 Ogos 2024 - Ketua Pengarah JHEV ATM YBhg. Dato' Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah menghadiri Program Ramah Mesra bagi Karnival Apirasi Rakyat 3.0 di Dewan Utama, Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota bersama Veteran ATM meluangkan masa menyantuni dan meraikan Veteran yang hadir.
Ianya memberi peluang kepada mereka untuk bersua , bersuara dan beramah mesra bersama Ketua Pengarah JHEV ATM.
Dalam program tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM YBhg. Dato' Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus menyampaikan sumbangan juga dari segi bantuan sara hidup, peralatan pesakit (kerusi roda) kepada beberapa orang penerima yang terdiri daripada Ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Ahli Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM), Veteran ATM dan Balu. Kesemua penerima bagi sumbangan bantuan sara hidup berupa wang tunai serta menerima sumbangan alat bantuan peralatan pesakit.

MALAM APRESIASI BAGI KARNIVAL ASPIRASI RAKYAT3.0

Pada malam 3 Ogos 2024 , Malam apresiasi diadakan di Dewan Utama, Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan. Malam Apresiasi ini diserikan lagi dengan kehadiran ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ก๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ, ๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ผ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€, ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด bersama ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐— ๐—ฒ๐—ท ๐—๐—ฒ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ญ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—๐—ฒ๐—ณ๐—ฟ๐˜† ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— . Malam ini dihiburkan dengan Persembahan istimewa oleh artis jemputan iaitu Roslan Madun, serta memenangi cabutan bertuah hadiah yang lumayan.
Antara objektif Malam Apresiasi dilaksanakan bagi Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dibuat adalah untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan kepada veteran-veteran dan keluarga mereka yang memerlukan seperti bantuan sara hidup bagi mereka yang tidak berkemampuan.
Karnival ini diadakan dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), VTC Holistic Sdn Bhd, dan Jabatan/Agensi kerajaan yang lain.

LAWATAN KE PAMERAN AGENSI DAN KERJAYA KEDUA

Program Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 dilaksanakan oleh Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM bagi tujuan membantu pertumbuhan dan pembangunan aktiviti sosioekonomi Veteran ATM yang produktif. ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ yang dibuka, antara pengisian Karnival ini, iaitu pameran kerjaya bagi memberi peluang kepada Veteran ATM dan masyarakat awam yang sedang mencari peluang pekerjaan. Khusus untuk Veteran ATM, terdapat pelbagai organisasi yang turut serta menjayakan hasrat ini untuk membantu para Veteran ATM yang menawarkan peluang pekerjaan di seluruh negara menerusi booth yang disediakan oleh rakan-rakan strategik JHEV ATM seperti PERKESO (MyFutureJob) dan Agensi-agensi yang lain.
Oleh yang demikian, veteran dapat meningkatkan taraf hidup dengan baik untuk mencapai kesejahteraan dan kemajuan yang holistik. Bermula dari 9.00 pagi tadi sehingga pukul 3.00 petang seramai lebih dari 3,000 pengunjung telah hadir dan direkodkan.

LAWATAN KE GERAI JUALAN KARNIVAL ASPIRASI RAKYAT 3.0

Karnival keusahawanan, kerjaya dan pendidikan Veteran ATM mula dilaksanakan pada tahun 2023 dengan sambutan yang sangat mengalakkan. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan. Lawatan ini dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Inderapura Negeri Pahang, ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ท ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ ๐—™๐—ฎ๐˜‚๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ท ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐— ๐—ฒ๐—ท ๐—๐—ฒ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ญ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—๐—ฒ๐—ณ๐—ฟ๐˜† ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— . Aktiviti jualan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan terdapat lebih daripada 130 gerai jualan terdiri dari Usahawan Veteran ATM dari dalam dan luar Negeri pahang telah terlibat dengan Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 ini.

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป, 03 Ogos 2024 โ€“ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dibawah kepimpinan ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐— ๐—ฒ๐—ท ๐—๐—ฒ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ญ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—๐—ฒ๐—ณ๐—ฟ๐˜† ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ Ketua Pengarah JHEV ATM telah mengadakan Program Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Inderapura Negeri Pahang, ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ท ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ ๐—™๐—ฎ๐˜‚๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ท ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ bagi Program Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 bertempat di Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Program ini merupakan salah satu fokus JHEV ATM bagi menggalakan dan membangunkan potensi keusahawanan dalam kalangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bukan itu sahaja, ia dapat meningkatkan pengetahuan sosial, perancangan kerjaya kedua dan merapatkan hubungan dan jaringan dengan industri.

๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐“๐Œ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐ž๐๐ฎ๐ฅ๐ข ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข

Sibu, 27 Julai 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari diiringi Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Steven Anak Kadir telah menyantuni Veteran ATM demi menzahirkan rasa penghargaan kepada Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) di daerah Sibu, Sarawak.
Pada PVM hari ini, Timbalan Menteri Pertahanan menyantuni 6 orang Veteran ATM yang sedang uzur, sakit kronik dan memerlukan perhatian khususnya dalam aspek kesihatan dan penjagaan. PVM terus diperkasakan dalam membela kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM sejajar dengan jasa dan pengorbanan oleh Veteran ATM dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Dikesempatan itu juga, YB Adly Zahari turut menyantuni 3 orang Usahawan Veteran ATM yang masing-masing merupakan pengusaha keropok lekor dan gerai makan. PVM juga bertindak sebagai platform dalam menyampaikan sumbagan insentif keusahawanan kepada Veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan untuk memperkasa perusahaan mereka.
Justeru, Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM sentiasa cakna akan keperluan Veteran ATM yang melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi Veteran ATM. PVM kali ini turut diiringi Lt Kol Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM.

๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐“๐Œ ๐๐ข ๐’๐ข๐›๐ฎ, ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค

Sibu, 26 Julai 2024 โ€“ Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari diiringi Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Zambery Jefry bin Hj Darus hari ini menzahirkan rasa penghargaan kepada Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) peringkat Daerah Sibu, Sarawak. Program ini merupakan siri kedua siri jelajah PVM ke Wilayah Sarawak bermula 26 hingga 28 Julai 2024. Lawatan kali ini akan turut merangkumi Daerah Song, Kapit, Kanowit dan Bintangor.
Pada PVM hari ini, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni 8 orang Veteran ATM yang sedang uzur, sakit kronik dan memerlukan perhatian khususnya dalam aspek kesihatan dan penjagaan. Selain bertanya khabar, YB Adly Zahari turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti makanan, susu kesihatan, lampin pakai buang kepada setiap veteran yang diziarahi.
Selain daripada itu, Timbalan Menteri Pertahanan juga bertemu dengan 2 orang Usahawan Veteran ATM yang telah menjalankan pegusahaan madu kelulut dan pengusaha restoran. Pertemuan tersebut menzahirkan sokongan dan komitmen Kementerian Pertahanan kepada Veteran ATM untuk terus berusaha mempertingkatkan sosioekonomi mereka dengan pelbagai skim bantuan yang disediakan sebagai Veteran ATM dan agensi-agensi Kerajaan.
JHEV ATM sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan serta sosioekonomi Veteran ATM. Lawatan ini turut diiringi Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (bersara), Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak, Mej Steven Anak Kadir serta wakil persatuan-persatuan Veteran ATM sekitar Sibu.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA KE-18

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk merasmikan MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA KE-18 pada hari ini di Sungai Petani, Kedah.
Saya juga berkesempatan untuk menyampaikan pencerahan mengenai skim skim dan inisiatif yang ditawarkan oleh JHEV ATM antaranya Skim Bantuan Perubatan, Bantuan Sara Hidup, Bantuan IPTA/IPTS dan lain lain.
Program hari ini turut disulami dengan penyampaian bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada Veteran ATM serta balu yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Sani selaku Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia dan Kelab Veteran Komando Malaysia kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat agung pada kali ini dan semoga terus maju dan berjaya pada masa akan datang, terima kasih juga diucapkan kepada wakil wakil persatuan sekitar negeri kedah.

CAKNA KETUA PENGARAH JHEV ATM DI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

โ€œTerima kasih JHEV ATM dan Dato, kerana sudi turun padang memberikan sumbangan dan memberikan semangat kepada sayaโ€ ungkapan salah seorang Veteran ATM yang dilawati kepada Ketua Pengarah JHEV ATM.
JHEV ATM sentiasa mementingkan kebajikan Veteran ATM yang memerlukan dan saya akan meneruskan skim sikm kebajikan JHEV ATM dan sentiasa menambahbaik skim sedia ada.
Ketua Pengarah JHEV ATMย berkesempatan menziarahi Veteran yang terlantar sakit dan ada yang perlu dipapah semasa berjalan.
Kebajikan Veteran ATM adalah tanggungjawab bersama, kerana mereka telah berkorban suatu ketika dahulu untuk mencapai keamanan yang kita nikmati hari ini.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‰๐‡๐„๐• & ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‡๐€๐“๐˜๐€๐ˆ, ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ

Mejar Jeneral Datoโ€™ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM, Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Veteran ATM bersama 40 orang pegawai JHEV ATM dan wakil Veteran ATM telah mengadakan lawatan ke Pat Pat, Kolam Ikan di Thailand bagi melihat bagaimana proses penternakan kolam ikan itu dijalankan.
Seperti kemudahan pembangunan ekonomi Veteran Thai yang lain, projek penternakan yang berkerjasama dengan kerajaan Thailand ini, memperoleh 2 juta ikan dapat diternak dalam masa setahun. Hasil penternakan ini juga dapat membantu rakyat selatan Thailand dan juga sekolah-sekolah yang memerlukan.

Bilangan Pelawat

3148597
Hari Ini: 1,069
Jumlah Pelawat: 3,148,597

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM

Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600

Ibu Pejabatย  Cawangan


Hakcipta 2024 ยฉ Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM