Skip to main content

faq

FAQ

hubungi

Contact Us

maklumbalas

Feedback

peta

Site Maps

News

News

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐ƒ๐„๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐“๐ˆ๐Œ๐Ž๐‘ ๐‹๐„๐’๐“๐„ ๐Š๐„ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ, ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ Mejar Jeneral Joao Miranda โ€œAluck Descartโ€, Naib Presiden Pertama CCLN (Conselho de Combatentes da Libertaรงรฃo Nacional), mengetuai Lawatan Kerja ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di sini hari ini. Delegasi disambut oleh Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM mewakili Ketua Pengarah JHEV ATM sejurus tiba di Ibu Pejabat JHEV, Menara TH Perdana.
Lawatan ini sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama dalam bidang kebajikan veteran antara Malaysia dan Timor Leste. Semasa lawatan, delegasi diberi pendedahan berkaitan tadbir urus operasi Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) yang diwujudkan oleh JHEV ATM bagi memudahkan urusan veteran ATM dan keluarga mereka dengan jabatan.
Taklimat ringkas berkaitan fungsi dan peranan JHEV dalam menjaga kebajikan lebih 300,000 veteran ATM di Malaysia juga turut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM.
Hadir sama mengiringi lawatan ini ialah Lt. Kol. Nor Azimi bin Haji Idris, PS 1 Sekretariat JHEV ATM dan pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐€๐†๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐‘๐”๐Œ๐€๐‡๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š

๐—ฆ๐—œ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah (Bina Baharu) dibawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM kepada Encik Monie Anak Siken di Kampung Sikog dekat sini hari ini.
Inisiatif Perumahan Veteran ATM adalah sebahagian daripada manifestasi inisiatif Peningkatan Kualiti Hidup di bawah Pelan Strategik MINDEF dalam Teras 7. Inisiatif ini diterjemahkan melalui pelaksanaaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Veteran ATM yang merupakan kerjasama strategik antara JHEV ATM dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Beliau berkata, selari dengan agenda kita pada pagi ini, inisiatif bantuan perumahan telah diwujudkan bagi membantu Veteran ATM dari golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah, atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah sendiri yang bersesuaian untuk dibina rumah yang sempurna.
โ€œBagi menyokong visi ini, Kementerian Pertahanan juga telah menyediakan 3 inisiatif bantuan perumahan iaitu melalui Projek SASaR MINDEF di mana kuota sebanyak 15% diperuntukkan untuk Veteran ATM, Program Bina Baharu dan Program Baik Pulih rumah Veteran, ujarnya lagi.
Bagi Program Bina Baharu, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM55,000.00 (Semenanjung), RM60,000.00 (Sabah) dan RM65,000.00 (Sarawak). Manakala, pihak Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula menyediakan subsidi sebanyak RM20,000.00 untuk setiap rumah yang dibina.
Ini menjadikan kos keseluruhan sebuah rumah bina baharu adalah RM75,000.00, RM80,000.00 dan RM85,000.00 masing-masing di Semenanjung dan Sabah serta Sarawakโ€, tambahnya lagi.
Sehingga 30 September 2024, sebanyak 53 permohonan bina baharu dan 207 permohonan baik pulih telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM6.12 juta.
Bagi Negeri Sarawak sahaja sebanyak 6 permohonan Program Bina Baharu telah diluluskan tahun 2024, 1 telah siap sepenuhnya dan 5 masih dalam pelaksanaan. Manakala 43 permohonan Program Baik Pulih rumah telah pun diluluskan di mana semua rumah telah siap dibaikpulih. Tahniah kepada JHEV Negeri Sarawak, kata beliau lagi.
Kementerian Pertahanan secara konsistennya telah berusaha untuk meningkatkan peruntukan bantuan perumahan sejak tahun 2021 iaitu dari RM4.86 juta kepada RM6.18 juta pada tahun 2024. Tidak terhad kepada bantuan sedia ada, JHEV ATM akan terus mengkaji bantuan perumahan dalam pelbagai skim berbeza kepada mereka yang tidak mempunyai tanah atau rumah sedia ada. JHEV ATM komited untuk meneruskan Inisiatif Perumahan Veteran ATM ini demi kelangsungan hidup berkualiti Veteran pada masa akan datang.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej. Steven Anak Kadir, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej. Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM serta wakil Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Negeri Sarawak dan persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.

๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— , ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿต ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah melakukan lawatan dalam Program Cakna Veteran ATM ke Kuching, Sarawak dekat sini hari ini.
Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif JHEV ATM bertujuan untuk mendekati para veteran yang mengalami masalah dalam urusan kegiatan harian meliputi aspek kesihatan dan yang memerlukan sokongan, selaras dengan komitmen jabatan dalam menjaga kebajikan para pejuang negara.
Dalam lawatan tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM meluangkan masa untuk menyantuni empat orang Veteran ATM yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Ada di antara mereka yang mengalami penyakit strok, masalah pendengaran, Posterior Circulation Infarct, TACI (Total Anterior Circulation Infarct), asthma, serta kesihatan yang merosot akibat usia yang sudah lanjut.
YBhg. Datoโ€™ Haji Semaon turut melakukan penyerahan sumbangan berupa keperluan harian seperti makanan dan barangan asas semasa lawatan tersebut di samping turut mengambil kesempatan mendengar sendiri keluhan dan keperluan mereka. Beliau turut memberi sokongan moral dengan menyatakan bahawa jasa mereka sebagai bekas anggota ATM sentiasa dihargai dan diingati oleh kerajaan.
Dalam pada itu Ketua Pengarah JHEV ATM berharap, Program Cakna Veteran ATM akan menjadi medan yang berkesan untuk interaksi secara dua hala antara jabatan dan veteran ATM dalam usaha membantu kehidupan mereka.
Program ini melibatkan lima fokus utama, iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi Veteran ATM.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej. Steven Anak Kadir, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej. Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM serta wakil persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿด ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sarawak hari ini untuk kesinambungan terhadap perkembangan dan kerja-kerja pentadbiran oleh kementerian di wilayah tersebut.
Diantara pengisian aktiviti selain tadbir urus kementerian termasuklah Lawatan Kebajikan Program Cakna Veteran ATM yang dikelolakan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melalui pendekatan menziarahi serta menyantuni veteran dan keluarganya.
Lawatan ini suatu cerminan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap bekas perajurit yang telah berkorban demi negara. YBhg. Datuk Lokman Hakim telah meluangkan masa yang berkualiti bertemu dan beramah mesra dengan kedua-dua veteran tersebut, masing-masing mempunyai latar belakang perkhidmatan yang panjang dalam ATM dan yang pastinya berjasa dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara.
Selain bertanya khabar, YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan harian. Antara lain bagi menyatakan komitmen berterusan kementerian yang sentiasa mengambil berat serta cakna akan kebajikan golongan Veteran ATM melalui pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Kunjungan ini turut diiringi oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Pegawai Atur Turus Ketua Setiausaha Lt. Kol. Rozaid bin Datoโ€™ Badrulzaman, Pegawai Khas Ketua Setiausaha, Encik Muhammad Faiz bin Zolkifli, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mejar Steven anak Kadir serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM.

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— 

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿด ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, mengadakan Sesi Dialog bersama Veteran ATM dan Persatuan-persatuan Veteran ATM di Sarawak hari ini.
Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara JHEV ATM dan persatuan veteran ATM disamping berkongsi pandangan berhubung isu-isu dan permasalahan penting melibatkan veteran ATM meliputi akses rawatan kesihatan, peluang pekerjaan, dan bantuan kepada veteran.
Dalam sesi diskusi itu, Ketua Pengarah JHEV ATM memberi maklum balas proaktif dan komited dalam usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan serta tadbir urus yang berkesan jabatan kepada para veteran.
Sejurus selepas sesi dialog berakhir Ketua Pengarah JHEV ATM menyantuni Warga JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak sambil mengenal pasti usaha penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi oleh kakitangan JHEV ATM di peringkat negeri, seperti kekangan sumber, isu logistik, atau masalah pentadbiran yang memerlukan perhatian segera.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Lt. Jen. (B) Datuk Stephen Mundaw, Pegawai Tugas Khas Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Negeri Sarawak, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej. Steven Anak Kadir, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Puan Pauline Anak Guyah merangkap Pengarah Perhebat Negeri Sarawak, dan wakil persatuan-persatuan Veteran ATM.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‹ ๐„๐‡๐–๐€๐‹ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ (๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ) ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ , ๐Ÿณ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali di Wisma Pertahanan.
Tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk menyantuni dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Lokman Hakim bin Ali di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu pada 23 September lepas.
"Pertemuan ini juga merupakan kali pertama sejak saya mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM yang Ke-9," katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat tersebut.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. Azwadi bin Jamian (Bersara).

๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐Ÿญ

๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก, ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91 bagi tahun 2024 telah berlangsung dengan penuh jayanya.
Program yang diadakan di Padang Kawad Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson bertemakan โ€˜Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negaraโ€™, telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab. Rahman.
Sambutan ini turut melibatkan penyertaan seramai 134 pegawai dan 1,395 anggota Lain-lain Pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM: Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan pegawai kanan kerajaan yang lain turut hadir sama ke majlis tersebut.
Selain menyaksikan acara utama seperti demonstrasi keupayaan aset ATM yang penuh adrenalin dan menonjolkan kesiapsiagaan pertahanan negara, Ketua Pengarah JHEV ATM juga turut meluangkan masa mengunjungi pelbagai pameran yang diadakan termasuklah ke booth Kaunter Bergerak JHEV ATM disediakan untuk menyantuni teramu yang hadir khususnya urusan Veteran ATM.
Booth Kaunter Bergerak ini merupakan satu inisiatif proaktif daripada JHEV ATM untuk mendekati veteran dan ahli keluarga mereka, menyediakan perkhidmatan seperti semakan status pencen, bantuan kebajikan, serta khidmat nasihat berkaitan hak dan keistimewaan veteran.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ (๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ) ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— 

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki hari ini.
Kunjungan hormat yang di ketuai oleh Pengarah Seksyen Perancangan Strategik, Puan Syarina binti Kassim, bertujuan untuk mengenalpasti ruang kolaborasi di antara PACU dan JHEV ATM dalam menjaga aspek kebajikan dan sosioekonomi Veteran ATM.
Dalam sesi kunjungan tersebut di bentangkan juga mengenai pelaksanaan program kesejahteraan rakyat khusus melibatkan Veteran ATM atau waris dan penduduk setempat. Antara program awal yang dicadangkan adalah Program Baik Pulih Rumah untuk membantu menyediakan kediaman yang lebih kondusif dan selesa disertai program bersama penduduk setempat seperti gotong royong membersihkan kawasan serta agihan bantuan kebajikan.
Usaha ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu khususnya golongan veteran dan masyarakat yang tidak berkemampuan disamping mempromosi inisiatif yang di sediakan di bawah agenda Malaysia Madani.
Turut hadir semasa kunjungan ialah Encik Muhammad Razi bin Ayub, Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—  ๐—”๐—ง๐— ) ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐— 

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM ATM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki hari ini.
Kunjungan hormat yang di ketuai Presiden PERIM ATM, Mejar Shanmugam a/ Muniandy (B) ini, bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta berkenalan dan mengucapkan Tahniah kepada Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu, selain membincangkan isu-isu penting berkaitan kebajikan veteran ATM.
Semasa pertemuan tersebut Mej. Shanmugam a/ Muniandy (B), juga mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkukuh kerjasama antara persatuan dan JHEV ATM dalam aspek bantuan kebajikan dan pembangunan komuniti veteran. Selain itu, mereka juga mengutarakan harapan agar lebih banyak inisiatif dapat diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan veteran dalam ATM.
Tuntasnya, kunjungan ini bukan sahaja memberikan peluang untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru, tetapi juga membuka jalan kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai kebajikan dan hak veteran.
Usaha ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan golongan veteran, khususnya veteran India dalam ATM, terus mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya.
Turut hadir dalam kunjungan ini Encik Thanabal a/l Krishnan, Timbalan Presiden PERIM ATM, Lt. Kol. Kalaimoney a/l Bathumalay (B), Encik Paramasivan a/l Subraminam, Mej. Arunasalam a/l Kanapathie (B) dan Datuk Ganesan a/l S. M. Mani.

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—จ๐—ž๐—›๐—ช๐—”๐—›

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”, ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki menemui warga Veteran ATM dan persatuan-persatuan veteran di Melaka dalam Majlis Sesi Dialog hari ini. Program ini merupakan platform yang signifikan dalam memperkukuhkan hubungan antara pihak JHEV ATM dan persatuan-persatuan yang mewakili para veteran, selain mendengar sendiri isu serta cabaran yang dihadapi oleh golongan yang pernah berkhidmat untuk negara ini.
Dalam sesi dialog tersebut, beberapa isu penting telah diketengahkan oleh wakil persatuan, termasuklah akses kepada rawatan kesihatan di hospital kerajaan, peluang pekerjaan untuk veteran, dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ketua Pengarah JHEV ATM memberi maklum balas yang proaktif terhadap setiap persoalan yang dibangkitkan, dan menyatakan bahawa jabatan akan terus memperbaiki perkhidmatan serta bantuan yang diberikan kepada veteran.
Sesi dialog ini bukan sahaja membuka ruang untuk berbincang secara terbuka, tetapi juga merupakan usaha berterusan untuk memastikan bahawa khidmat bakti para veteran ATM tidak dilupakan, dan hak-hak mereka dipertahankan di pelbagai peringkat.
Selain daripada itu, beliau turut membuat lawatan kerja ke Pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka yang merupakan sebahagian daripada agenda siri lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah JHEV ATM untuk turun padang sejak mengambil alih tampuk kepimpinan JHEV ATM sebagai Ketua Pengarah yang ke 9 hampir sebulan yang lalu.
Antara motif dan tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat sendiri operasi JHEV ATM di peringkat cawangan, selain memahami dengan lebih mendalam isu-isu yang dihadapi oleh pegawai serta kakitangan dalam memberi perkhidmatan kepada para veteran ATM.
Ia juga memberikan peluang dan ruang kepada pihak organisasi JHEV ATM di peringkat cawangan untuk menyuarakan cabaran dan cadangan mereka bagi menambah baik perkhidmatan yang diberikan.
Program sedemikian akan menjadi contoh baik dan menghasilkan impak yang berkesan bagi pendekatan interaktif dan inklusif yang diambil oleh JHEV ATM dalam memastikan setiap suara veteran didengar dan diberi perhatian yang sewajarnya. Manifestasi nya nanti agar kebajikan serta kepentingan veteran ATM akan terus dipertingkatkan dan JHEV ATM dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam memastikan golongan ini terus mendapat perhatian sebaiknya daripada pihak kerajaan, NGO dan masyarakat.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Mej. Muhammad Zarifi bin Haji Tumin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM, Mej. Mohammad Syaffik bin Yahaya dan wakil persatuan-persatuan Veteran ATM.

Total User Account

3418528
Today: 159
Total: 3,418,528

facebook
tiktok
instagram
youtube
location
footer-logo

One Stop Centre (OSC) MAFVAD

Level G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 8000
Call Centre: 03-2697 6600

Head Officeย  Branches


Copyright 2024 ยฉ Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department