๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก & ๐ ๐๐ก๐ญ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ฆ (๐๐) ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐ก ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ก๐ฆ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐ฉ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ฅ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ, ๐ด ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menziarahi isteri dan keluarga mangsa Operasi Salvaj KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi, Johor.
Dalam lawatan tersebut, YB Adly Zahari menzahirkan rasa simpati dan turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai bagi menyatakan ucapan takziah kepada waris mangsa sebagai Balu, Kerajaan akan membantu meringankan beban keluarga beliau melalui skim-skim bantuan di bawah JHEV ATM dan Yayasan Veteran ATM
โTerima kasih atas kunjungan ini. Kehadiran kalian membawa kembali kenangan dan semangat yang telah lama kami simpan dalam hatiโ.
Ini lah yang di ucapkan oleh balu kepada bekas anggota TLDM semasa kunjungan ziarah yang di lakukan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari.
Hadir sama semasa lawatan tersebut ialah Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Dr. Tay Yap Leong, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi bin Jamian (B) dan pegawai-pegawai JHEV Sabah.