๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐๐๐ฅ๐จ: ๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฅ๐๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ป๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ ๐๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฉ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ง๐
๐๐๐๐๐ข๐, ๐ฎ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah (Bina Baharu) dibawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Bachok, Kelantan.
Majlis ini menyaksikan penyerahan rumah bina baharu kepada 7 Veteran ATM iaitu Encik Azlan bin Ahmad, Encik Kamarulhisam bin Nadzri, Encik Mohd. Norhariri bin Mahassan, Encik Aidid bin Taib, Encik Ghazali bin Hassan, Encik Mohamed Razali bin Che Nik dan Encik Muhamad Zin Mat Tayib Veteran ATM yang berkelayakan.
Program rumah bina baharu ini merupakan hasil kerjasama antara JHEV ATM dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebagai satu usaha murni untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terjamin.
Bagi Program Rumah Bina Baharu, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM55,000.00 (Semenanjung), RM60,000.00 (Sabah) dan RM65,000.00 (Sarawak). Manakala, pihak Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula menyediakan subsidi sebanyak RM20,000.00 untuk setiap rumah yang dibina.
Ini menjadikan kos keseluruhan sebuah rumah bina baharu adalah RM75,000.00, RM80,000.00 dan RM85,000.00 masing-masing di Semenanjung dan Sabah/Sarawak.
Kementerian Pertahanan secara konsistennya telah berusaha untuk meningkatkan peruntukan bantuan perumahan sejak tahun 2021 iaitu dari RM4.86 juta kepada RM6.18 juta pada tahun 2024. Tidak terhad kepada bantuan sedia ada, JHEV ATM akan terus mengkaji bantuan perumahan dalam pelbagai skim berbeza kepada mereka yang tidak mempunyai tanah atau rumah sedia ada.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mejar Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu, Mejar Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM dan persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.